Artikel ini ditaja oleh KFC
Kredit: KFC; Canva Edit: ERA
Sebut saja tentang sarapan confirm ramai dah terbayang menu yang biasa korang makan tu setiap pagi tu kan? Ye lah, mesti korang ada sarapan paling favorite!
Haa, tapi kalau nak lagi special apa kata korang try menu sarapan yang serba menyelerakan daripada KFC!
Yup KFC! Serius weh, ada banyak menu sarapan yang mungkin korang tak perasan pun.
Bukan saja banyak pilihan dan lazat, paling best semua set ni jimat tau!
Apa Menu Sarapan KFC Yang Wajib Cuba?
#1 Egg Riser, Hidangan Unik Serba Lengkap
Kredit: KFC
Kalau sarapan mesti wajib ada telur kan, barulah rasa full dan kenyang. 😋
Kalau korang sejenis wajib ada telur setiap kali sarapan, confirm suka dengan Egg Riser ni.
Uniknya menu ni sebab ada telur mata yang dihidangkan bersama chicken strips rangup tau!
Tambah pula dengan mayonis berkrim dan sos keju Jalapeno. Memang kick la weh!
#2 Cheezy Twister? Mengancam Weh!
Kalau korang jenis suka roti tortilla korang boleh cuba Cheezy Egg Twister.
Menariknya selain telur scramble yang gebu, menu ini turut menambah kepingan Zinger rangup bersama hirisan tomato.
Dibalut pula dengan tortila panas-panas, fuhh memang mengancam!
#3 Zinger Riser, Penggemar Burger Ikonik KFC Confirm Happy!
Pagi-pagi dah makan burger, why not kan!
Sebab Zinger Riser ni bukan saja didatangkan dengan burger ayam zinger kegemaran korang tu.
Malah, ia turut ditambah telur mata, jadi memang kenyang pagi korang nanti.
#4 Zinger Porridge, Bagi Penggemar Bubur!
Kalau korang tak pernah try lagi bubur KFC ni, korang wajib cuba! Memang onz weh.
Bayangkan bubur lazat panas-panas tu, ditambah dengan kepingan Zinger rangup serta bawang goreng dan minyak bijan.
Memang crunchy lah! Kriuk kriuk kalau korang layan bubur ni.
#5 Nasi Lemak KFC, Menu Wajib!
Okay lah kalau dah namanya orang Malaysia kan! Mana boleh tinggal nasi lemak ni.
Sebab itulah dekat KFC ini, semua menu sarapan ada termasuk nasi lemak.
Nasi lemak KFC ni memang lengkap dengan telur rebus, kacang, timun, sambal ikan bilis dan kari atuk. Tapi menu ni jadi extra menyelerakan sebab ada ayam goreng ikonik KFC.
Wajib cuba tau, sambal dia paduuu! 🔥
Tak Lengkap Kan Kalau Tak Ada Teh Tarik? Minuman Ikonik Malaysia
Kredit: KFC
Korang jangan tak percaya, KFC kini membawakan menu special teh tarik yang resipinya ditambah baik!
Korang boleh enjoy bersama mana-mana set sarapan pagi!
Tapi kalau nak try teh tarik saja pun okay, no hal!
Apa Menarik Teh Tarik KFC Kali Ni?
Kalau korang nak tahu, Teh Tarik KFC kali ni lebih lazat dan kick tau sebab menggunakan resipi istimewa.
Bukan biasa-biasa yer, formula Teh Tarik KFC kali ni istimewa dan khas daripada Nestle! 😱
Memang onz la Teh Tarik KFC ni geng, penarik selera pagi korang!
Kredit: KFC
Jadi tunggu apa lagi? Jom cuba Teh Tarik KFC baharu dengan resipi istimewa ni, confirm pagi korang lebih ceria dan nikmat!
Jom ke KFC sekarang untuk menikmati kombinasi sarapan yang terbaik macam Nasi Lemak KFC dengan Teh Tarik 😋
Info lanjut check out 👉 KFC MALAYSIA