Artikel ini ditaja oleh KFC Malaysia
Kredit: KFC Malaysia Edit: ERA
Tak ada hidangan ni, tak sah! Perasan tak setiap kali ada perayaan atau sambutan mesti ada menu ayam goreng KFC?
Macam menu wajib kan? Menu ikonik KFC, dah ada di Malaysia lebih 49 tahun tau!
Tak kira peringkat umur atau status, semua boleh enjoy.
Apapun pastinya setiap daripada korang menyimpan banyak memori indah bersama KFC bukan?
Apa Memori Paling Indah Rakyat Malaysia Bersama KFC?
#1 Setiap Kali Gaji Ayah Masuk!
Korang masih ingat lagi tak? Hampir setiap kali gaji, ayah korang pasti bawa balik KFC, memang tak ada menu lain, confirm!
Setiap kali itu jugalah korang melompat kegembiraan apabila melihat ayah membawa balik berbungkus-bungkus ayam KFC.
Masa tu confirm korang prefer mashed potato. Ye lah, masa kecil tak makan sayur punya tu kan? 😜
Selain itu, ada juga yang kongsi kisah ayah mereka bawa keluarga dari Kedah ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menikmati hidangan KFC tau. Fuh lain macam 😍
Memori indah macam ni memang sukarlah nak dilupakan! Korang tengok pengalaman bawah ni, memang unforgettable! 👇
#2 Menu Wajib Setiap Kali Sambut Hari Jadi! Hello KFC Bucket!
Kredit: KFC Malaysia
Istimewanya ayam goreng KFC ni, semua peringkat umur akan makan! Kalau kanak-kanak memang favorite mereka lah kan.
Tak jumpa lagi lah yang menolak kalau dihidangkan ayam goreng ikonik ini.
Sebab itu jugalah ia menjadi pilihan utama setiap kali ada sambutan hari jadi! Tambahan pula KFC ada satu menu dinamakan KFC Bucket.
Memang khusus untuk mereka yang menyambut segala sambutan atau perayaan.
Nak 9 ketul? 15 ketul atau lebih? Jangan bimbang memang KFC Bucket ada semua tu.
#3 Dapat Nombor Satu Dalam Kelas! Jom Celebrate!
Haa, korang mesti tersenyum kan? Masih ingat lagi korang sambut kejayaan ketika di bangku sekolah?
Dapat nombor satu dalam kelas? Menang larian sukan? Atau dilantik jadi pengawas?
Cuba imbas kembali apa yang selalu korang dapat untuk setiap kali kejayaan ini? Confirm KFC kan!
Memang dari kecil itulah kita punya ‘reward’ hingga sampai dah besar pun KFC ikut sekali perjalanan hidup kita.
Kalau yang dah ada anak, korang pasti buat perkara yang sama punya lah! 😋
#4 Menu Raya! Rendang, Lemang, Ketupat Tak Cukup!
Eh menu Hari Raya? Bukan ke dah ada lemang, ketupat semua? Haa jangan pelik kalau ada terselit KFC di situ 😋
Percaya tak sebenarnya apa jua sambutan memang tak lengkap jika tiada menu atau hidangan ayam goreng KFC dan ini termasuklah sambutan hari raya sekali pun.
Ye lah, apabila dah berpuluh-puluh ahli keluarga datang, memang tak menang tangan nak hidang rendang.
Paling mudah dan sedap, memang tak ada lain lah selain KFC. Ibaratnya menu KFC ini sebagai pelengkap ketika lebaran!
Selain itu, ada juga yang menjadikan KFC sebagai tempat untuk belanja duit raya yang mereka dapat! Masih ingat?
#5 Hari Keluarga! Confirm Extra Meriah!
Hari penting di mana seluruh ahli keluarga berkumpul dan lakukan aktiviti riadah!
Kalau dah namanya Hari Keluarga mesti bukan sikit lah jumlah individu yang hadir.
Sama seperti sambutan hari jadi, kebanyakan Hari Keluarga mesti ada KFC disebabkan menu KFC Bucket. Mudah nak beli untuk jumlah yang banyak.
Bukan apa, daripada budak kecil hinggalah yang tua macam atuk, nenek kita boleh nikmati ayam goreng KFC ni.
Gabung pula dengan coleslaw dan mashed potato, fuhh memang enjoy lah, sedap hingga menjilat jari!
Setiap Sambutan Confirm Lebih Lengkap Dengan Ayam Goreng KFC!
Melihat pada kesemua momen indah ini, mesti korang tersenyum bukan? Setiap kenangan atau memori ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran KFC!
Mengeratkan hubungan silaturrahim dan membantu mencipta saat-saat manis bersama. Sangat sentimental value dan sebab itu jugalah pertemuan lebih bermakna dengan KFC.
Tambah manis, KFC sekarang dah ada manisan KFC terbaharu, Bebola Emas Teh Hijau dengan Kacang Merah tau!
Menariknya menu ini, ia merupakan mochi lembut yang digoreng rangup diisi pula dengan inti teh hijau dan kacang merah. Nampak macam emas, rasa keemasan 🤩
Confirm korang terliur punya sebab ia rangup di luar, lembut di dalam tau. Manisan yang sempurna untuk penggemar teh hijau.
Kredit: KFC Malaysia
Tak cukup dengan tu, tak kisahlah kalau korang nak berkumpul dengan keluarga atau member, kalau ada menu KFC Celebration Bucket mesti lagi sempurna dan syok!
Barulah meriah, tambah pula bila korang berkongsi Bebola Emas Teh Hijau dengan Kacang Merah! Fuhh, memang chef kiss 😙
Kredit: KFC Malaysia
Tunggu apa lagi geng? Jom nikmati KFC Celebration Bucket bersama Bebola Emas Teh Hijau dengan Kacang Merah baharu ini! Pesan dan rai pertemuan dengan KFC!
Nikmati menu emas kegemaran ramai sekarang di KFC terdekat atau melalui KFC app.
Info lanjut check out jer 👉 KFC MALAYSIA.