Kredit: HUAWEI
Sepanjang PKP berlangsung ni, berapa kerat di antara kita yang rajin bersenam setiap hari? Kalau korang sering berasa lesu dan tak bertenaga, jarang bergerak aktif, atau sering makan sebab dah bosan sangat, jaga-jaga! Takut nanti terlebih berat badan, penyakit lain pula yang muncul.
Jom isi masa terluang di rumah ni dengan bersenam! Raya pun tinggal sebulan lebih je lagi, nanti korang tak muat pulak nak pakai baju raya yang baru. So, bersenamlah di rumah menggunakan lima aplikasi senaman dan kesihatan yang boleh dimuat turun dari HUAWEI AppGallery:
#1 Fit Workout
Kredit: HUAWEI
Merupakan salah satu app senaman yang paling popular, Fit App ni boleh ditetapkan ke dalam Bahasa Inggeris walaupun bahasa defaultnya ialah Bahasa Cina.
Ia menawarkan lebih daripada 200 kursus senaman, termasuk bina badan, kurangkan lemak, HITT, Tabata, dan banyak lagi. Di bawah kursus-kursus ni pula terdapat sebanyak 600 jenis postur senaman yang boleh dipelajari agar korang tak tersalah postur yang boleh menyebabkan kecederaan.
#2 30Day Fitness Challenges
Kredit: HUAWEI
Direka oleh jurulatih senaman yang profesional, app dengan cabaran senaman selama 30-hari ni membantu korang bersenam secara saintifik dan meningkatkan kecergasan fizikal secara berperingkat dan konsisten.
#3 7 Minute Workout
Kredit: HUAWEI
App ni sangat sesuai untuk korang yang terlalu sibuk dengan pekerjaan atau kerja rumah dan mereka yang malas bersenam. Semua senaman yang ada dalam app ni boleh dilakukan dalam masa hanya 7 minit je. Walaupun 7 minit je, New York Times sendiri cakap senaman 7 minit ni sangat berkesan!
Senaman 7 minit ni direka berdasarkan kepada HICT (high intensity circuit training atau latihan litar berintensiti tinggi) yang telah dibuktikan sebagai selamat, berkesan dan efisien bagi meningkatkan kecergasan seseorang dalam masa yang pendek.
Terdapat 12 senaman di mana setiap daripadanya boleh dilakukan dalam masa 30 saat, dengan 10 saat untuk rehat di antara setiap senaman. Ulang sebanyak 2-3 kali bergantung kepada berapa banyak masa yang korang ada. Apa yang korang perlukan hanyalah sebuah kerusi dan dinding.
#4 Personal Workout Trainer
Kredit: HUAWEI
Terdapat ratusan senaman bagi setiap kategori yang ada, seperti full body atau lower body. Bukan tu je, app Home Workout juga membolehkan korang rekod data peribadi untuk senaman di mana korang boleh ketahui tahap perkembangan kecergasan korang.
#5 Keep-Home Workout Trainer
Kredit: HUAWEI
App ni memaparkan pelbagai kursus latihan senaman, seperti Freehand Training, Machine Training, yoga, berlari, berjalan, berbasikal, dan banyak lagi. Nak kuruskan kaki dan leperkan perut pun ada tau! Korang boleh rekod korang punya progress.
Kalau korang tak tau nak bersenam apa, app ni boleh cadangkan pelan senaman berdasarkan kepada korang punya matlamat, contohnya seperti nak kurus atau nak bina badan yang sado.
Lagi faedah tersembunyi yang korang boleh dapatkan
Kredit: HUAWEI
Semua app ni boleh didapati secara percuma dari AppGallery. HUAWEI AppGallery kini mengandungi aplikasi yang sering digunakan oleh orang Malaysia seperti WhatsApp, Facebook, WeChat, TikTok, Lazada, Touch n’go, zalora, shopee dan banyak lagi. Jangan risau sebab AppGallery ni dilengkapi dengan empat lapisan sistem perlindungan bagi memastikan keselamatan korang terjamin bila nak muat turun app. Ia menawarkan korang lebih keselamatan, lebih penstoran, dan lebih ganjaran!
Layari https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/ untuk info lanjut.
Oh ya, selain daripada lima apps ni, apa kata korang gunakan juga HUAWEI Watch GT 2e yang baru saja dilancarkan? Ia menawarkan data pengesan untuk 15 mod sukan profesional, termasuk memanjat, berlari, berenang, dan berbasikal; di mana korang boleh buat lepas PKP selesai nanti. Ia turut menyokong sistem GPS dan GLONASS untuk senaman di luar rumah.
Untuk info lanjut, layari di sini.
Kredit: HUAWEI
Kredit: HUAWEI
Terokai lebih banyak apps menarik di AppGallery yang popular di kalangan orang Malaysia secara percuma! Lebih selamat, lebih penstoran, dan lebih ganjaran!
Jom dapatkan HUAWEI siri P40 ni sekarang juga dan nikmati ganjaran bernilai lebih daripada RM690! Klik di sini.