Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

ready set jom

Bukan Toyol Je Curi Duit, Ini 3 Lagi Jenis ‘Hantu Scammer’ Korang Patut Tahu! Seram!

Lagi seram dari pontianak!
Hanafis Haris
12 May 2023, 02:24 PM

Artikel ini ditaja oleh Bank Negara Malaysia

Jangan tertipu dengan hantu scammer

Kredit: Bank Negara Malaysia

Sebut saja pasal toyol mesti korang terbayang hantu ni curi duit kan! Tapi itulah hakikatnya, memang toyol cukup sinonim dengan curi duit.

Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, toyol ini dikatakan seperti kanak-kanak kecil berwarna hijau dan sering menyelinap masuk rumah untuk mencuri duit. 

Curi duit bukan sikit-sikit, ada yang mendakwa pernah kehilangan sehingga RM3,000! 😱

Level seram dia… meremang bulu roma weh! Tapi sebelum korang kecut perut dengan makhluk ni...

Pastikan Korang Kenali Tiga Lagi Jenis Hantu Boleh Lesapkan Duit Dalam Sekelip Mata!

#1 Hantu APK Malware, Tunggu Masa Perangkap Korang!

Skala Seram: 10/10 👻 

Jenis hantu scammer, hantu apk malware

Kredit: Bank Negara Malaysia

Hantu jenis ni memang sangat licik. Sama macam toyol, hantu scammer APK malware ni pun dahagakan duit korang!

Tapi jenis ni, dia suka menyelinap masuk media sosial korang untuk tawarkan perkhidmatan menarik seperti perkhidmatan dandanan haiwan peliharaan, pembelian Android TV Box serta  servis cucian rumah. Contoh terbaik waktu korang semua sibuk buat persiapan raya haritu lah!

Lepas dah klik tawaran perkhidmatan cucian rumah, hantu scammer APK malware ni akan meminta anda muat turun aplikasi mencurigakan. Aplikasi ini juga akan meminta kebenaran anda untuk hantar dan melihat SMS anda. Jika anda memberi kebenaran, aplikasi ini akan membawa anda ke laman pembayaran palsu. 

Masa ni lah, scammer akan mencuri maklumat perbankan anda dan duit korang tu akan dicuri tanpa disedari. 

Jadi jangan sesekali terpedaya dengan hantu scammer sebegini. Tengok ni 👇

Tips halau hantu scammer APK malware: Jangan percaya tawaran terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, tekan apa jua pautan yang mencurigakan atau muat turun aplikasi daripada laman tidak rasmi. Sekali korang muat turun, boleh lesap duit korang!

#2 Pontianak Scam Akaun Keldai

Skala Seram: 10/10 👻

Jenis hantu scammer, hantu akaun keldai

Kredit: Bank Negara Malaysia

Okay yang ni pun seram sebab jenis hantu ni selalu mengidam kad ATM atau akaun bank korang! 

Tambahan pula sekarang ni, ramai nak cari duit lebih. Tapi…cuba fikir balik takkan lah nak dapat duit tambahan, kita pula kena serahkan akaun bank atau kad ATM kan? 

Haa itulah namanya akaun keldai! Kalau korang nak tahu akaun keldai adalah individu yang menyerahkan kad ATM miliknya kepada pihak ketiga dan akaun bank tersebut pula digunakan bagi tujuan jenayah untuk menjalankan pemindahan wang haram. Seram!!!

Jadi jangan sesekali terpedaya dengan hantu scammer sebegini. Tengok ni 👇

Tips halau hantu scammer akaun keldai: Jangan sesekali serahkan kad ATM, meminjam akaun bank serta kongsi ID pengguna, OTP dan kata laluan bank anda kepada sesiapa pun. Padah terjerat jadi akaun keldai. Ia bukan sahaja satu kesalahan jenayah tetapi akan megakibatkan anda sukar mendapat kerja, menerima gaji serta menjalankan perniagaan ! Makin melampau ‘hantu scammer’ sekarang! 😤

#3 Hantu Raya Buat Loan, Scam Pinjaman Tidak Wujud

Skala Seram: 10/10 👻

Jenis hantu scammer, hantu pinjaman tak wujud

Kredit: Bank Negara Malaysia

Ni pun seram juga tau! Sebabnya hantu ni boleh ‘pukau’ korang untuk dapatkan duit yang banyak dengan buat pinjaman peribadi. 

Paling licik, pinjaman hantu ni didakwa lulus dalam tempoh 24 jam dan kononnya dengan kadar bunga atau interest yang amat rendah!

Memang terliur lah kalau ada yang nak beraya dengan baju baru, sofa baru, kereta baru!

Tapi hujung-hujung ada plot twist…korang pula yang kena bayar yuran pemprosesan atau wang pendahuluan sebelum pinjaman lulus!

Antara alasan digunakan termasuklah bayaran guaman, insurans, bayaran untuk pengaktifan akaun dan sebagainya.

Jadi jangan sesekali terpedaya dengan hantu scammer sebegini. Tengok ni 👇

Tips halau hantu scammer pinjaman tak wujud: Kalau korang nak buat pinjaman sekali pun, mohon dekat saluran yang sah dari bank-bank yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau syarikat pinjaman wang berlesen yang dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Ingat! Bank tidak sesekali minta korang bayar yuran proses untuk luluskan permohonan.

Apa Perlu Buat Jika Terjumpa Hantu Scammer Ni?

Dah tau jenis hantu scammer? Ingat tau! Jangan mudah terpedaya dengan segala taktik penipuan scammer ni tau. Ini antara perkara penting yang korang perlu tahu!

👻 Hubungi pihak bank atau NSRC di 997 untuk melaporkan penipuan.

👻 Perlu diingatkan, bank tidak akan menghantar SMS kepada anda dengan pautan link atau nombor untuk dihubungi. Jangan hubungi atau klik, kerana ini adalah taktik pancingan data. 

👻 Sentiasa rujuk laman web rasmi bank untuk mendapatkan nombor rasmi untuk menghubungi semula atau mengesahkan maklumat.

👻 Sentiasa taip keseluruhan URL apabila mengakses akaun perbankan dalam talian anda.

👻 Jangan sekali-kali berkongsi kata laluan perbankan, nombor OTP atau PIN dengan sesiapa sahaja, termasuk pasangan anda.

👻 BNM, PDRM, LHDN, Kastam atau agensi kerajaan lain tidak akan menghubungi atau memindahkan panggilan anda antara agensi yang berbeza untuk menjalankan siasatan atau mendapatkan maklumat perbankan anda seperti log masuk pengguna, kata laluan atau nombor OTP.

Jadi Mangsa Penipuan? Ini Yang Korang Perlu Lakukan! 💪 

#1 Kalau korang syak telah jadi mangsa penipuan, segeralah hubungi nombor talian hotline 24 jam bank atau NSRC (National Scam Response Center) di 997 (dari 8 pagi - 8 malam) SEGERA untuk mengelakkan kerugian selanjutnya dan membuat laporan polis selepas itu. 

#2 Ikuti halaman Facebook Amaran Scam untuk mengikuti perkembangan terkini modus operandi penipuan kewangan dan petua pencegahan. 

#3 Jangan lupa tonton Siri Seram Scam di platform media sosial Bank Negara Malaysia untuk info lebih lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}