Artikel ini ditaja oleh Guardian Malaysia
Kredit: Guardian, Edit: ERA
Next level weh! Itu lah Guardian Premium Flagship Store yang baru saja dibuka di pusat membeli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur.
Bukan saja baru dan premium, malah ia adalah tercanggih dan terbesar di Asia Tenggara! Seluas 7,000 kaki persegi tau, hebat kan?
Tapi Apa Menarik Tentang Guardian Premium Flagship Store Ni?
#1 Ada 30 Jenama Penjagaan Kulit & Kosmetik Baru!
Kredit: Guardian
Beauty lover semua confirm tak tentu arah kalau tahu apa yang ada dekat Guardian Premium Flagship Store sebab ia memperkenalkan lebih 30 jenama penjagaan kulit dan kosmetik baru.
Kebanyakannya eksklusif untuk Guardian sahaja tau!
Jenama baru itu termasuklah 👉 jenama mandian Tanamera Natural serta jenama penjagaan rambut eksklusif dari Jepun (Ahalo, Fun Azum, Theratis, Kose Bioless dan Kose Je L’aime) dan Korea (Mise En Scene dan Ryo).
Untuk pengetahuan korang, stor konsep baharu ini disifatkan sebagai ‘revolutionary’ dan ‘evolutionary’ tau.
Menurut Pengarah Urusan Guardian, Health & Beauty Malaysia dan Brunei, Priscilla Wu, pelanggan akan menikmati pengalaman membeli-belah yang serba baru.
#2 Layout, Susunan Baru & Unik! Macam Ni Barulah Premium 😍
Kredit: Guardian
Extravaganza! Stor baru ini juga telah dimewahkan dengan susun atur unik yang menampilkan segmen produk baru seperti ruangan 👇
- Clean & Natural Beauty: Menampilkan produk penjagaan kulit, penjagaan rambut, dan kosmetik yang diformulasi menggunakan bahan selamat, bebas toksik dan mesra alam.
- Tweens: Menampilkan produk kecantikan yang ceria, berwarna-warni serta selamat digunakan untuk pembeli muda berumur lapan hingga 12 tahun.
- Salon-At-Home: Dikuasakan oleh L’Oreal! Pertama seumpamanya menawarkan pelanggan pengalaman memanjakan diri yang mewah di samping menikmati rangkaian produk penjagaan rambut lengkap disesuaikan mengikut keperluan mereka.
- Wellness: Menumpukan kepada produk keperluan kesihatan dan kecerdasan pelanggan, seperti serbuk protein dan makanan kesihatan.
#3 Stor Pertama Guardian Dilengkapi Skrin LED Animasi & Interaktif
Kredit: Guardian
Dah macam masuk dunia lain ya, memang rambang mata!
Guardian Premium Flagship Store menjadi stor pertama Guardian yang dilengkapi skrin animasi LED ‘façade’, skrin paparan LED digital dinamik dan interaktif di seluruh stor.
Terdapat juga dua tiang interaktif khas yang memaparkan maklumat produk menerusi hologram dan berfungsi sebagai tanda navigasi. Canggih!
#4 Konsep Baru Jenama Penjagaan Mulut Oral B & Sensodyne!
Kredit: Guardian
- ✨ Sensodyne akan mempunyai paparan khas di Guardian Mid Valley dan pelanggan akan dapat melihat sendiri bagaimana ubat gigi #1 di Malaysia ‘dihidupkan’ menerusi paparan interaktif.
- ✨ Oral B pula akan membawa masuk pusat pengalaman ‘Powered Oral Care’ interaktif pertamanya di mana pelanggan boleh menyentuh, merasai dan membandingkan produk di kios digital.
Surprise! 🎉 Ada Promo & Tawaran Menarik! Rugi Tak Serbu Now
Jadi datanglah beramai-ramai ke stor utama di 📍 Mid Valley dan alami pengalaman membeli-belah serba baharu di Guardian Premium Flagship Store!
Nak info lanjut mengenai Guardian, korang check out je website 👉 Guardian Malaysia!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.