Artikel ini ditaja oleh Pelayang Johor
Kredit: Pelayang Johor & PoliTV Persatuan Pelayang Johor/Facebook
Kalau sebut pasal layang-layang, sure ramai yang akan kaitkan dengan permainan zaman dulu, era 80-an dan awal 90-an. Betul tak?
Tapi korang jangan pandang sebelah mata okay. Layang-layang ni sebenarnya dah dikenali seantero dunia tau. Cuma nama dan rekaannya yang berbeza.
Kiranya, bukan orang yang berusia atau orang Asia je kenal, remaja, kanak-kanak dan orang negara luar pun kenal dan ada yang minat dengan layang-layang.
Tak percaya?
Korang tengok je la sambutan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) 2024 yang dianjurkan 24 Februari sampai 3 Mac 2024 hari tu di Pasir Gudang Johor. Bukan je ‘orang lama’ tapi, kanak-kanak, remaja dan peserta dari luar negara pun hadir. Terbaiklah.
Lebih manis, festival yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Persatuan Pelayang Johor (PPJ) dan Majlis Pelayang Malaysia (MPM) ini mencipta kelainan tersendiri dengan penglibatan sukarelawan dalam kalangan penuntut Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Bila lebih ramai anak muda terlibat dalam penganjuran acara sebegini, tentulah ianya satu perkembangan positif. Barulah kita ada pelapis masa depan.
Apa Yang Menariknya Tentang Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) 2024?
Meriah, memang happening guys! Ini antara fakta dan momen cun sepanjang 9 hari FLLSPG kali ke-26!
#1
Seramai 130 peserta dari 39 negara termasuklah Indonesia, Singapura, Jerman, Jepun, China, New Zealand, Thailand, England dan Argentina serta 400 peserta tempatan terlibat!
#2
Ada macam-macam jenis, bentuk, saiz dan warna layang-layang memenuhi ruang udara Bukit Layang-Layang Pasir Gudang 24 Februari sampai 3 Mac 2024 hari tu. Ada layang-layang besar, ada yang kecil. Memang macam-macam bentuk la!
#3
Untuk yang baru nak kenal Rokkaku, atau layang-layang Jepun, kat festival ni ada pertandingan Rokkaku Korporat. Bentuk Rokkaku ni lain sikit daripada layang-layang dan wau kita...
Kredit: PoliTV Persatuan Pelayang Johor/Facebook
#4
Dan untuk pertama kalinya tahun ni ada pertandingan membuat wau! Pengunjung bukan je boleh tengok bakat peserta, boleh tau teknik nak buat wau dan pada masa sama, bolehlah kenal dengan wau-wau yang ada macam wau bulan, wau daun, wau kucing, wau merak dan wau jalabudi tu.
Kredit: PoliTV Persatuan Pelayang Johor/Facebook
#5
Korang nak tau apa lagi yang happening selain layang-layang? Dan tentulah persembahan tarian, kugiran, seni silat dan persembahan artis. Kiranya kalau datang sini, macam-macam persembahan tradisional korang boleh tengok.
Kredit: PoliTV Persatuan Pelayang Johor/Facebook
#6
Yang datang malam pula, mestilah ada something ekstra. Selain boleh tengok pertandingan dron dan layang-layang bercahaya, persembahan bunga api pun ada beb!
Kredit: PoliTV Persatuan Pelayang Johor/Facebook
#7
Dan untuk kaki-kaki karaoke, pantang tengok mic tak berusik... Kat sini juga korang boleh join pertandingan karaoke Voice of Kite. Cun la kan? Sambil tengok persembahan, korang pun boleh tunjuk bakat. Bolehlah menang hadiah menarik! Masyuk!
#8
Bukan tu je, ada forum, ekspo jualan, pameran, pertandingan mewarna, Malam Kenduri Kampung dan tentunya Pasir Gudang Berselawat.
Kredit: Pelayang Johor
Lit kan? Kalau tak hebat, takde la acara ni tersenarai sebagai salah satu acara tahunan dalam kalendar Pelancongan Negeri Johor. Dan sejak pertama kali diadakan tahun 1995, tahun ni dah 26 tahun acara ni dianjurkan.
Mengangkat tema ‘Budaya Dinamik’, festival kali ini menggabungkan pertunjukan layang-layang tradisional dan wau dengan layang-layang moden seperti stunt kite, layang-layang gergasi serta dron bercahaya,
Kalau korang tengok aksi pelayang ‘stunt kite’ dan layang-layang bercahaya daripada peserta antarabangsa dari Argentina, China dan Eropah dengan kemahiran dan aksi mengendali yang luar biasa, memang power!
Kredit: Pelayang Johor
Tahniah untuk para pemenang!
Setiap kali ada pertandingan, mestilah ada pemenangnya kan? Korang dah tau ke siapa pemenang festival tahun ni?
Tahniah kepada Singapura yang mengungguli kategori pertandingan dron dengan kemenangan di tempat pertama dan kedua, diikuti peserta Malaysia di tempat ketiga. Kontijen pelayang Kedah pula dinobatkan sebagai juara keseluruhan FLLSPG24 mengalahkan kontijen pelayang Johor di tempat kedua dan pelayang Kelantan di tempat ketiga.
Tahniah kepada semua pemenang. Untuk yang tak menang, bolehlah cuba lagi tahun depan.
Sama la juga dengan korang yang tak dapat datang haritu, make sure korang check out acara ni tahun depan. Jumpa nanti!