Setiap orang pasti mempunyai destinasi idaman mereka di seluruh dunia. Bukan sahaja untuk melihat keindahan dan kecantikan yang ada pada negara lain, tetapi juga untuk belajar sesuatu benda yang baru yang boleh dijadikan pengalaman yang mahal.
Hanya satu impian setiap orang yang suka travel, iaitu travel dan dibayar untuk travel! Bestnya.
Kalau buka Instagram, memang ramai yang pergi travel yang buatkan kita tertanya, "mana korang dapat duit banyak untuk travel non stop ni eh?"
Pasangan Jack Morris dan Lauren Bullen jadi 'kaya' hanya dengan pergi bercuti. Dan setiap kali mereka memuat naik gambar di Instagram, mereka di bayar $9000 ( RM 36508 ) Wow !
Followers mereka masing-masing di IG adalah lebih dari 1 juta pengikut.
Sebelum ini, Jack hanyalah seorang pencuci karpet di Manchester, England. Manakala Lauren adalah seorang photographer dari Australia.
Dan mereka bertemu di Fiji.
Lagi banyak tempat yang mereka pergi, lagi banyak followers yang mereka dapat. Mereka ambil gambar sendiri, edit sendiri dan post sendiri.
Tips macam mana nak ambil gambar tanpa ada pelancong lain ?
Jack dan Lauren akan ambil gambar satu jam selepas sunrise ! Masa tu belum ada orang lagi.
Tak mustahil lepas ni kita pun mampu buat macam ni kan ? Mana lah tahu ada rezeki hehe
Sumber: twentytwowords
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.