Kredit: Freepik
Korang tau tak, seramai 4.5 daripada 10 rakyat Malaysia takde perlindungan insurans? Dan antara sebab utamanya ialah:
- Proses permohonan yang leceh
- Bayaran bulanan yang mahal
- Terma dan syarat pelan yang sukar difahami
- Tiada tanggungan
- Rasa masih muda dan terlalu awal untuk ambil insurans
- Rasa tak perlu sebab majikan dah pun menawarkan insurans
Golongan B40 ialah golongan yang paling terkesan sebab mereka rasa tak mampu nak dapatkan insurans.
Walaupun rata-ratanya berasa insurans tu amat penting, tapi sebab pendapatan yang diperoleh tu cukup-cukup je untuk sara keluarga, mereka terpaksa ketepikan hasrat untuk dapatkan insurans.
Kalau korang rasa macam ni jugak, jangan risau! Kitorang ada berita baik untuk korang!
Memperkenalkan Digi Abadi, pelan prabayar pertama dengan insurans hayat PERCUMA di Malaysia!
Digi Abadi merupakan sebuah pelan prabayar pertama dengan insurans hayat percuma di Malaysia, yang ditawarkan dengan kerjasama AXA Affin Life Insurance Berhad. Ia juga merupakan pelan yang termudah dan termurah untuk dimiliki!
Dengan hanya melanggan pek Digi Abadi serendah RM20 sebulan, bukan saja korang boleh nikmati 3GB Internet dan panggilan dan SMS serendah 10 sen, tetapi korang juga akan dapat insurans hayat percuma sehingga RM40,000!
Kredit: Digi
Banyak gila manfaat dia kan? Nak dapatkannya pun senang dan pantas. Ni caranya:
Langkah 1: Dapatkan Digi Abadi di Digi Store Online
Langkah 2: Aktifkan SIM dengan membuat panggilan ke mana-mana nombor
Langkah 3: Tambah nilai dan dail *128# untuk mengaktifkan Digi Abadi (RM28)
Langkah 4: Pengisytiharan kesihatan melalui pautan dari AXA melalui SMS/emel keesokan harinya
Langkah 5: Dah setel! SIM kini aktif dan korang dilindungi insurans!
Dengan pek Digi Abadi ni, korang dah takde alasan untuk tak dapatkan perlindungan insurans. Jom dapatkannya sekarang demi masa depan yang lebih terjamin!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.