Kredit: Guff
Rasa bosan dengan destinasi pelancongan yang bertemakan pantai, bandar atau kaya dengan senibina dan budaya? Apa kata untuk trip korang kali ni, korang pergi ke destinasi-destinasi yang seram pulak?
Check out lima destinasi seram ni yang korang mungkin minat:
#1 Village of Dolls, Jepun
Bagi yang tak suka bersosial dengan orang, mungkin korang akan suka dengan sebuah kampung di Jepun ni yang didiami oleh patung! Ni kisah menarik di sebalik Kampung Nagoro, atau lebih dikenali sebagai Village of Dolls:
Apabila seorang wanita bernama Tsukimi Ayano kembali ke Kampung Nagoro pada awal tahun 2000 (setelah bertahun lamanya merantau), dia dapati bahawa ramai penduduk kampung tu telah pun berpindah atau meninggal dunia. Tinggal berapa kerat je orang kampung yang masih ada kat situ.
Sebagai kenangan, Tsukimi mula membuat patung-patung yang menyerupai mereka dan meletakkan patung-patung tersebut di seluruh kampung mengikut tempat di mana orang yang asalnya duduki. Setakat ni Tsukimi dah buat sebanyak 400 patung.
Bukan tu je, terdapat sebuah kelas yang dihadiri patung kanak-kanak di sebuah sekolah terbiar! Apa lagi, jom lah stay kat kampung ni! Gerenti tak ada makcik bawang.
Jom pergi ke Jepun sekarang!
#2 Salem, Massachusetts, AS
Salem terkenal dengan kisah gelapnya di mana pada tahun 1692, terdapat ramai orang yang dikenakan hukuman gantung sampai mati kerana dituduh mengamalkan sihir. Jangan terkejut kalau korang nampak ramai penyihir di bandar ni. Siap ada kedai jual potion lagi, macam dalam Harry Potter!
Jom pergi ke Amerika Syarikat sekarang!
#3 Paris Catacombs, Perancis
Kalau korang rasa kubur tu dah cukup menakutkan, catacomb lagi akan buat korang kecut perut beb! Catacomb atau kubur bawah tanah ni biasanya dipenuhi dengan ribuan hingga jutaan tengkorak yang disusun kemas di dinding-dinding.
Di Paris Catacombs terdapat sebanyak 6 juta tengkorak di catacomb yang dibina pada akhir abad ke-18! Rasa sedih pun ada tengok tengkorak-tengkorak ni; dulunya manusia, sekarang dah jadi hiasan dinding je.
Oh ya, kalau nak lagi feeling, korang kena tengok filem As Above, So Below sebelum pergi sini.
Jom pergi ke Perancis sekarang!
#4 Hutan Aokigahara, Jepun
Hutan Aokigahara, atau lebih dikenali sebagai Japan Suicide Forest, merupakan salah satu tempat paling popular di dunia bagi mereka yang nak bunuh diri.
Di pintu masuk hutan terdapat papan tanda yang meminta orang ramai untuk mendapatkan pertolongan kalau rasa nak bunuh diri.
Kalau korang bernasib ‘baik’, korang boleh temui tengkorak-tengkorak mereka yang telah membunuh diri di sini.
Disebabkan oleh betapa ramainya orang yang datang ke sini untuk membunuh diri, sekumpulan peronda kerap memantau kawasan hutan di samping membuat pencarian mayat.
Walaupun hutan berdekatan dengan Gunung Fuji ni kelihatan suram dan hening, ia juga sesuai bagi korang yang inginkan ketenangan sambil menikmati keindahan pokok-pokok hijau dan udara yang segar.
Jangan pula ada yang nak datang sini dan buat benda ‘bukan-bukan’ pula ya. Dapatkan pertolongan kalau ada niat tak baik.
Jom pergi ke Jepun sekarang!
#5 The Island of the Dolls, Mexico
Di sebalik terusan-terusan indah Xochimico yang berdekatan dengan Mexico City, terdapat sebuah pulau menyeramkan yang menanti ketibaan korang!
Di Isla de las Muñecas atau Island of the Dolls, korang akan dapati ratusan anak patung lama yang tak sempurna (contohnya tanpa tangan, kaki, atau biji mata) digantung pada pokok-pokok dan bangunan-bangunan di seluruh pulau.
Menurut legenda, terdapat seorang kanak-kanak yang mati tenggelam berdekatan dengan pulau tersebut. Sebagai memperingati kematian, seorang penjaga pulau telah menggantung anak patung yang banyak di pulau tu.
Orang tempatan percaya bahawa anak-anak patung tu telah dirasuki roh kanak-kanak yang mati tenggelam, dan terdapat beberapa orang yang mengadu pernah mendengar anak patung berbisik!
Jom pergi ke Mexico sekarang!
Memang seram tempat-tempat ni! Kitorang yang baru tulis artikel ni pun dah naik bulu roma, kalau tiba sana tak tau la apa akan jadi.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.