Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

ready set jom

Street Dance Terbesar? Kementerian Belia & Sukan Lancar Battleground Malaysia: Road To Gold!

Sukan terkini yang diperkenalkan di Sukan Olimpik Paris 2024.
Hanafis Haris
29 Sep 2023, 02:42 PM

Artikel ini ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan

street dance terbesar? kementerian belia & sukan lancar battleground malaysia: road to gold!Kredit: Kementerian Belia dan Sukan

Pertandingan sukan tarian ‘street dance’ terbesar di Malaysia? 😱

Yup itulah keterujaan yang bakal korang saksikan menerusi Battleground Malaysia: Road to Gold!

Menampilkan penari-penari unggul negara, rancangan terbitan Astro ini bakal menemui penonton mulai 29 September 2023 ini! Excited kan!

Tapi Apa Sebenarnya Battleground Malaysia: Road To Gold Ini?

Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Dalam Dunia Street Dance! 💪  

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KBSMalaysia (@kbsmalaysia)

Untuk pengetahuan korang, ​​Battleground Malaysia: Road to Gold merupakan inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diperkasakan oleh Rakan Muda.

Yup! Rakan Muda telah diberi nafas baharu menerusi jenama gaya hidup Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik.

Battleground Malaysia: Road to Gold bakal ditayangkan kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira umur ataupun golongan etnik!

Satu perkara yang korang patut tahu, Battleground Malaysia: Road to Gold menjadi sebahagian program untuk mencapai objektif Kementerian Belia dan Sukan dalam menyediakan rancangan realiti televisyen berbentuk pertandingan tarian jalanan (street dance) yang memberi peluang penyertaan dan penyerlahan bakat anak muda seluruh negara.

Inisiatif seperti ini sekali gus memaksimakan capaian program KBS di pelbagai platform yang menggabungkan elemen sukan, tarian dan hiburan di samping menyemarakkan sokongan rakyat Malaysia terhadap kempen emas pertama negara.

Tempah Slot Ke Sukan Olimpik Paris 2024?

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke sidang media Battleground Malaysia: Road to Gold

Kredit: Kementerian Belia dan Sukan

Fuhhh, power kan? Menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, tarian brea­king  merupakan sukan terkini yang diperkenalkan di Sukan Olimpik Paris 2024.

Jelasnya, dengan kerjasama Astro menerusi Battleground Malaysia: Road to Gold, kementerian amat komited untuk membantu penari berbakat besar dengan memantapkan kemahiran mereka dalam bidang tarian.

Selain itu, program ini juga dilaksanakan bertujuan membawa Kempen Road To Gold melalui penyertaan Malaysia dalam Temasya Sukan Olimpik Paris ke XXXIII pada 2024 dengan membawa mesej sokongan seluruh rakyat Malaysia dalam misi mendapatkan emas pertama negara.

Hebat bukan?

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan bersama juri dan kapten Battleground Malaysia: Road to Gold

Kredit: Kementerian Belia dan Sukan

Battleground Malaysia: Road to Gold juga boleh menjadi satu rancangan tontonan bersama ahli keluarga bersama-sama memberi sokongan padu kepada peserta yang bertanding, seterusnya mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia pun boleh dipupuk sebab konsep pertandingan menekankan syarat penyertaan peserta yang perlu disertai daripada pelbagai kaum dan mewakili pelbagai negeri.

Kapten Terkemuka Bakal Memilih Kru Untuk Bersaing! Juara Akan Memenangi Sebanyak…

4 kapten dalam Battleground Malaysia: Road to Gold

Kredit: Kementerian Belia dan Sukan

Pertandingan ini menampilkan empat kapten tarian terkemuka yang ditugaskan untuk memilih kru seramai sepuluh orang berdasarkan kebolehan menari mereka.

Kapten-kapten ini terdiri daripada:

🕺 Lego Sam (Pemenang pingat emas Sukan SEA acara Breaking)

🕺 Khenobu (Wakil Malaysia ke Sukan SEA)

🕺 Danny Lee, ahli kumpulan muzik 3P (Threee Production)

🕺 Seven (Juara Astro Battleground 2010 & 2011)

Kesemua mereka akan membentuk pasukan masing-masing dengan menguji kemahiran penari-penari yang bertanding menerusi pelbagai cabaran.

Kru juara akan membawa pulang RM100,000, manakala naib juara akan menerima RM30,000. Selain itu, peserta-peserta dalam kru juara akan bersaing sesama sendiri untuk memenangi hadiah tambahan RM25,000.

Pengacara Hebat, Juri Pun Bukan Biasa-Biasa! 

Sherry Al-hadad antara pengacara Battleground Malaysia: Road to Gold

Kredit: Kementerian Belia dan Sukan

Rancangan Battleground Malaysia: Road to Gold ini confirm best sebab korang bakal dihiburkan dengan pengacara hebat seperti Sherry Alhadad, Dennis Yin dan Saint TFC.

Menariknya, pertandingan ni akan dihoskan dalam tiga bahasa tau!

Paling menarik, pelakon, pelawak dan penyanyi rap tersohor negara, Zizan Razak pun akan buat penampilan khas memegang tugasan sebagai juri.

Tunggu Apa Lagi? Jom Saksikan Battleground Malaysia: Road to Gold 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro News (@astroradionews)

Tak sabar rasanya kan! Jom saksikan pertandingan sukan tarian ‘street dance’ terbesar di Malaysia, Battleground Malaysia: Road to Gold ini pada:

  • Setiap Jumaat, 10 malam mulai 29 September: Astro RIA (Saluran 104), Vinmeen (Saluran 202) & SHOWCASE (Saluran 413)
  • Setiap Sabtu 11 malam mulai 30 September: Astro AEC (Saluran 306)

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}