Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

ready set jom

Terokai Muzium Bawah Laut, Tidur Dalam SkyPod Mesra Alam & Pelbagai Aktiviti Cool Untuk Korang Try Di Australia!

CEPAT! Tawaran berakhir pada 15 Mei 2022 ni tau!
Izza Yatim
13 May 2022, 03:01 PM

Artikel ini ditaja oleh Tourism Australia

MOUA Burrawa Bridge SkyPod

Kredit: Tourism Australia

Setelah dua tahun lamanya terperap dalam rumah, akhirnya kaki melancong kini dibenarkan untuk pergi bercuti ke luar negara! Siapa yang dah lama berimpian nak bercuti ke Australia, nilah masanya untuk korang rebut peluang yang ada dengan pelbagai pakej pelancongan Australia mampu milik yang ditawarkan oleh Tourism Australia!

Tourism Australia sekarang ni tengah ada pameran pelancongan dalam talian, Discover A Great Deal More yang berlangsung sehingga 15 Mei 2022. Haa… tinggal berapa hari je lagi untuk korang dapatkan tawaran-tawaran ni, so cepat rebut pakej sementara masih ada peluang!

Poster Discover A Great Deal More

Kredit: Tourism Australia

Antara tawaran best yang korang boleh dapatkan ialah:

  • Diskaun untuk tambang penerbangan (bermula dari RM1,409),
  • Pakej pelancongan (dengan diskaun sehingga RM2,000 untuk setiap pasangan bagi pakej kumpulan),
  • Diskaun 20% untuk kereta sewa semasa di sana; dan banyak lagi!

Tawaran yang ada kat pameran ni menawarkan pakej dengan penerbangan bersama lima pilihan penerbangan, iaitu Malaysia Airlines, Singapore Airlines, Qantas, Jetstar, dan Scoot.

Untuk aktiviti-aktiviti serta pakej pelancongan pula, pakej-pakej turut ditawarkan oleh pelbagai syarikat pelancongan terkemuka seperti Apple Vacations, Corporate Information Travel, Forever Travel, Holiday Tours & Travel, Sedunia Travel, Hertz, Klook, Traveloka, dan banyak lagi.

So, apa je aktiviti-aktiviti cool lagi best (mengikut daerah) yang confirm korang akan enjoy dan teringat-ingat sampai bila-bila? Jom check ‘em out:

#1 Wilayah Ibu Negara Australia: Lawati National Museum of Australia & naik hot air balloon 

National Museum of Australia

Kredit: Tourism Australia

Dengan persekitarannya yang indah di bandar Canberra, Muzium Negara Australia ialah tempat untuk korang pelajari semua yang korang nak tau tentang masa lalu, masa kini dan masa depan Australia. Menempatkan pelbagai artifak yang unik dan pameran interaktif menarik, muzium ni sesuai dilawati oleh semua peringkat umur.

National Museum of Australia

Kredit: Tourism Australia

Lepas dah puas tengok pameran dalam muzium, korang boleh jalan-jalan di Garden of Australian Dreams, kawasan outdoor dengan senibina simbolik yang terdiri daripada pancuran air, kesan pencahayaan dan landskap kreatif yang membolehkan korang meneroka pelbagai ‘lokasi’. Untuk korang yang suka tengok pemandangan yang indah, bolehlah naik hot air balloon yang ada!

#2 New South Wales: Cabar diri dengan memanjat Burrawa Bridge berketinggian 134m 

Burrawa Bridge Climb

Kredit: Tourism Australia

Saksikan keseluruhan Sydney di puncak bila korang mendaki salah satu mercu tanda bandar ni bersama tour guide orang asli. Aktiviti ‘Burrawa Indigenous Climb Experience’ memberi korang peluang untuk menikmati pemandangan yang indah sambil mendengar cerita tentang kekayaan warisan Orang Asli Sydney.

Burrawa Bridge Climb

Kredit: Tourism Australia

Perjalanan selama tiga jam ke puncak 'The Coathanger' (nama panggilan oleh penduduk tempatan) sangat membuka mata kerana ia memang mencabar korang untuk merentasi 1,332 anak tangga dan menuju puncak setinggi 134 meter dari paras laut. Bukan tu je tau, lepas korang habis aktiviti ni, korang bakal menerima sijil sebagai bukti yang korang berjaya panjat jambatan ni!

#3 Utara Australia: Jelajah kawasan outback di Kakadu & dalami budaya orang pribumi Australia 

 terokai muzium bawah laut, tidur dalam skypod mesra alam & pelbagai aktiviti cool untuk korang try di australia!

Kredit: Tourism Australia

Kakadu ialah salah satu dari dua buah taman negara yang paling menakjubkan di Australia, dan turut tersenarai dalam Warisan Dunia.

Kakadu Air

Kredit: Tourism Australia

Dipenuhi dengan banyak freshwater holes dan air terjun yang best, Kakadu juga ialah lokasi yang indah untuk korang jalan-jalan dan lawati tapak seni orang asli dan pemandangan Arnhem Land yang memukau.

#4 Queensland: Menyelam ke dasar laut untuk melawat Museum of Underwater Art 

Museum Of Underwater Art

Kredit: Tourism Australia

Tak sah pergi ke Oz kalau korang tak singgah The Great Barrier Reef. Dan kalau korang kat sini, rugi sangat kalau tak lawat Muzium Seni Dalam Air (MOUA).

Museum Of Underwater Art

Kredit: Tourism Australia

MOUA bukan sekadar muzium yang biasa-biasa ye; ia ditempatkan di dalam sebuah bangunan dalam Taman Laut Great Barrier Reef dan dihiasi dengan pelbagai arca dengan kisah-kisah unik yang tersendiri.

Museum Of Underwater Art

Kredit: Tourism Australia

Misi muzium ni adalah untuk mendidik pelawat tentang terumbu karang yang disenaraikan dalam Warisan Dunia UNESCO dan menyedarkan masyarakat bahawa betapa pentingnya usaha pemuliharaan dan pemulihan untuk membantu melindungi ekosistem yang berharga ini.

Museum Of Underwater Art

Kredit: Tourism Australia

Kesemua arca yang ada kat sini juga direka menggunakan bahan mesra alam. Rumah Hijau Coral, arca yang berbentuk bangunan (gambar atas) telah dipasang di dasar laut sedalam 18 meter atau 60 kaki di bawah paras laut.

Museum Of Underwater Art

Kredit: Tourism Australia

Kalau korang nak terokai MOUA ni, korang kena join syarikat lawatan berlesen untuk ke tapak tersebut dan menyelam ke dasar laut dipandukan penyelam yang pakar.

#5 Selatan Australia: Chillax sambil menikmati pemandangan bandar yang indah 

Oval Hotel

Kredit: Tourism Australia

Korang yang jenis suka relaks-relaks sambil dikelilingi persekitaran yang menyenangkan bolehlah stay kat Oval Hotel dengan pemandangan bandar yang indah di Selatan Australia ni.

terokai muzium bawah laut, tidur dalam skypod mesra alam & pelbagai aktiviti cool untuk korang try di australia!

Kredit: Tourism Australia

#6 Tasmania: Jalan-jalan di tepi pantai berpasir putih

Freycinet Walking Tours

Kredit: Tourism Australia

Suka aktiviti lasak dan mencabar? Join walking tour yang ada di Freycinet atau jalan-jalan di tepi pantai berpasir putih yang indah. Freycinet ialah salah satu daripada banyak tempat persembunyian mewah di semenanjung ini.

Freycinet Walking Tours

Kredit: Tourism Australia

Nak stay dalam persekitaran alam yang aman damai? Korang boleh duduk di Freycinet Eco Retreat dengan lapan studio mesra-alam layan diri, atau Freycinet Lodge di mana korang boleh menikmati makanan laut segar di restoran khas yang ada kat sini.

#7 Victoria: Tidur dalam SkyPod yang mesra alam

Eco-Friendly SkyPods

Kredit: Tourism Australia

Inginkan kelainan? Jom tidur di antara hidupan liar Australia dalam pod ‘angkasa’ mesra alam iaitu SkyPods berhampiran dengan Great Ocean Road yang memaparkan pemandangan pantai yang amat memukau.

Eco-Friendly SkyPods

Kredit: Tourism Australia

SkyPods ialah sebuah penginapan unik serba lengkap baharu yang mesra alam. Pod berkuasa solar ni terletak di tengah-tengah perlindungan hidupan liar luar grid yang membolehkan pengembara mendekati beberapa haiwan ikonik Australia termasuk koala, kanggaru, dan walabi.

#8 Barat Australia: Panjat Matagarup Bridge berketinggian 72m dan nikmati pemandangan senja yang romantik 

Matagarup Bridge Climb

Kredit: Tourism Australia

Kalau korang pergi ke daerah Australia Barat, jangan lupa cuba cabar diri dengan memanjat Matagarup Bridge ni yang berketinggian 72 meter dari paras laut. Saksikan pemandangan senja yang indah sebelum jambatan ni ‘dihidupkan’ dengan pencahayaan yang menarik!

Matagarup Bridge Climb

Kredit: Tourism Australia

Wah, best gila aktiviti-aktiviti ni. Min dah pun tempah pakej yang min nak pergi nanti, korang pulak macam mana? Jangan tunggu lama-lama tau, rugi kalau terlepas peluang yang ada.

Jom terokai lebih banyak lagi di Australia dan layari https://bit.ly/38wPJZ6 SEKARANG untuk lihat pelbagai tawaran pakej pelancongan yang menarik dan buat tempahan.

TAWARAN TAMAT 15 Mei 2022 ni tau!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us