Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

ready set jom

Nak Pekerjaan Yang Menarik Lagi Mencabar? Jom Join Revolusi Perindustrian Ke-4, 4IR!

Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara ni memberi manfaat untuk korang tau!
30 Jul 2021, 07:43 PM

nak pekerjaan yang menarik lagi mencabar? jom join revolusi perindustrian ke-4, 4ir!

Kredit: RawPixel.com

Menurut jangkaan Forbes, terdapat sekurang-kurangnya 25 trend teknologi di mana ia akan berkembang dengan pesat dalam dekad ini. Kita dah pun memasuki revolusi perindustrian ke-4 di mana apa je yang korang saksikan dalam banyak filem atau rancangan TV sci-fi bakal menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat! Gempak gila kan?

So siapa yang bercita-cita nak bekerja dalam bidang teknologi bergaji tinggi, nilah masanya untuk korang join revolusi perindustrian keempat ni! Jangan ingat kerjaya dalam bidang IT ni terhad kepada tech support dan coding je tau; ia amat meluas dan terdapat pelbagai pilihan mengikut minat korang!

Jom check out contoh-contoh trend teknologi dengan permintaan pekerjaan serta gaji yang tinggi:

#1 Penggunaan ER dalam bidang perubatan

Dengan penggunaan ER dalam bidang perubatan, pesakit boleh menjalani pembedahan oleh pakar dari luar negara tanpa perlu pergi ke luar negara. Hebat kan? Ini secara langsung boleh menyelamatkan lebih banyak nyawa.

#2 Organ buatan yang mengatasi masalah kekurangan penderma organ

Bukan senang nak dapatkan penderma organ di Malaysia, dan mereka yang memerlukan organ baharu akan dimasukkan dalam senarai menunggu. Ini memakan masa dan pesakit selalunya tidak mempunyai masa yang lama untuk bertahan.

Namun dengan organ buatan hasil teknologi baharu, ia dapat membantu penderitaan ramai orang yang mempunyai sakit kronik, contohnya seperti sakit jantung.

#3 Exosuit yang membantu pesakit Parkinson

Exosuit merupakan sejenis alat bantuan khas yang membantu pesakit Parkinson untuk belajar berjalan kembali atau meningkatkan keupayaan berjalan mereka secara keseluruhan. Ia juga membantu pesakit dalam menstrukturkan badan mereka dengan lebih baik.

#4 AI dan Sensor technology yang membantu mengurangkan kemalangan jalan raya

Kecerdasan ini dah pun ada pada kebanyakan kenderaan, dan ia memudahkan kita untuk memantau keadaan di sekeliling kita, terutama sekali blind spot yang membahayakan; sekaligus mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

#5 Smart farming yang dapat meningkatkan pengeluaran barangan tani

Barangan tani ialah salah satu eksport yang amat penting bagi meningkatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia, sekaligus melonjakkan ekonomi negara. Dengan teknologi smart farming, pengeluaran barangan tani akan jadi lebih pantas.

#6 Blockchain tech yang boleh mengelakkan penipuan seperti sijil dan lesen

Teknologi blockchain amat berguna dalam memastikan tiada sebarang penipuan contohnya dalam sijil halal dan juga lesen perniagaan.  

Tak seperti yang disangka ramai, pendigitalan sebenarnya melonjakkan lagi kerjaya korang, bukan mencuri peluang pekerjaan korang. Perlu untuk korang semua menyesuaikan diri dengan revolusi perindustrian ini dan tingkatkan kemahiran agar nilai korang dalam pasaran kerja tak terjejas.

Bukan tu je! Pekerjaan dalam bidang ni kebanyakannya bergaji tinggi tau, sebab permintaan oleh majikan yang tinggi! So kalau korang mahir digital dan ada pengetahuan yang cukup, confirm korang laku di pasaran kerja.

Pelancaran Dasar Revolusi Perindustrian (4IR) Negara dan manfaat-manfaatnya

nak pekerjaan yang menarik lagi mencabar? jom join revolusi perindustrian ke-4, 4ir!

Kredit: EPU

Sehubungan dengan itu, kerajaan komited dalam memastikan rakyat Malaysia bersedia dalam menghadapi revolusi perindustrian keempat dengan pelbagai kemajuan teknologi yang menarik agar Malaysia mampu menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju dengan pelancaran Dasar Revolusi Perindustrian (4IR) Negara; sebuah inisiatif oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

Kerajaan juga akan mengembangkan infrastruktur digital yang lebih mantap untuk memastikan Malaysia mampu bersaing dan mempercepatkan inovasi dan penerapan teknologi 4IR.

nak pekerjaan yang menarik lagi mencabar? jom join revolusi perindustrian ke-4, 4ir!

Kredit: EPU

Kalau nak tau tentang dasar 4IR ni secara lebih mendalam, korang boleh check out Dasar 4IR Negara yang disediakan EPU di epu.gov.my.

Ready, set, jom asah kemahiran digital dan teknologi korang!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}