Apa plan korang tahun 2019? Pernah tak korang bayangkan berada di MCM Comic Con London dan berjalan-jalan di sekitar kota London dalam percutian yang ditanggung sepenuhnya?
Kredit: China Daily
Memang teruja weyh berada di MCM Comic Con London terutamanya untuk korang yang fanatik dengan watak filem, komik, manga, rancangan bersiri, games dan cosplay. Dapat pula bertemu muka dengan watak yang korang suka. Memang teruja! Nak lagi happening, korang pun boleh jadi cosplayer. Bolehlah plan dari sekarang nak tempah atau nak reka suit cosplay korang!
Dah alang-alang sampai London, tak sah lah kalau tak cuci mata di sekitar kota London. Bolehlah pergi beberapa lokasi tarikan pelancong seperti Big Ben, Buckingham Palace, Westminster Abbey, Madame Tussauds dan Trafalgar Square. Memang berbaloi!
Ni bukan angan-angan lagi gais. Dua peserta bertuah akan memenangi trip VIP Marvel experience di MCM Comic Con London 2019 selama 5 hari 4 malam. Cuma isi minyak RM50 menggunakan kad Petron Miles untuk peluang keemasan ni. Bukan je dapat masuk ke MCM Comic Con London 2019, korang berpeluang bina mini statue 3-dimensi, dihantar pengalaman berlatih bertarung ala super hero, melawat Natural History Museum, Madame Tussauds dan London Sharf Observation Deck serta cuci mata di sekitar lokasi terkenal kota London!
50 pemenang mingguan pula berpeluang membawa pulang barangan premium edisi terhad Marvel Studios’ Ant-Man and the Wasp.
Apa tunggu lagi? Layari Facebook Petron Malaysia untuk info lanjut. Klik di sini untuk terma dan syarat.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.