Kredit: Fahmi Fadzil/Instagram
Cikgu. Pensyarah. Tutor. Semua ni merupakan golongan pendidik yang berkorban masa dan tenaga demi masa depan kita semua. Tanpa mereka, mungkin haluan kita dalam menuju kejayaan dan cita-cita akan menjadi lebih sukar kerana tiada bimbingan.
Biasanya di sebalik kejayaan seseorang, mesti ada individu di belakangnya yang turut menyumbang kepada kejayaan tu, dan salah satunya tentulah orang yang mendidik kita.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil, ialah salah seorang daripada golongan yang bertuah sebab ada pendidik yang memberi pengaruh besar dalam hidupnya, sekaligus menyumbang kepada kejayaan beliau. Dua insan yang dimaksudkan ialah Encik Vijaya dan Puan Parvinder Singh! Jom check it out:
Encik Vijaya, tulang belakang kepada kejayaan YB…
Idola YB, Encik Vijaya. Kredit: Taylor’s College
“Encik Vijaya pernah ajar saya dua kursus, iaitu World Religion dan Theatre. Kedua-dua kursus ni merupakan antara kelas terpenting yang saya ambil masa di Taylor’s di mana sehingga kini membantu saya dalam melihat isu-isu dunia yang ada.
Dalam kelas World Religion, cara pendekatan Encik Vijaya yang chill dan cool membantu saya dalam melihat betapa pentingnya untuk memahami pihak yang berlainan dengan kita (tak kira dari segi kepercayaan atau apa jua).
Encik Vijaya (tengah) bersama para pelajar. Kredit: Taylor’s College
Macam mana Encik Vijaya memberi inspirasi kepada YB…
“Masa zaman saya belajar di Taylor’s dulu, saya melihat diri sendiri sebagai pemberontak. Gaya didikan Encik Vijaya yang tenang dan santai memberi pengaruh kepada saya bahawa ‘minda yang tenang akan sentiasa menang’. Sampai hari ni saya masih berpegang kepada pandangan ni.”
Puan Parvinder Singh, membuka mata tentang fungsi masyarakat secara keseluruhan…
“Seorang lagi cikgu yang menginspirasikan saya ialah Puan Parvinder Singh yang mengajar kelas Sosiologi dan Psikologi. Tapi kelas Sosiologilah yang betul-betul membuka mata saya dalam melihat bagaimana masyarakat secara keseluruhannya berfungsi.
Pelbagai isu berkaitan kelas, kuasa, dan penindasan dan macam mana nak faham sesuatu masalah sebelum mencari solusinya – semua ni amat memberi kesan kepada saya.”
Ucapan YB kepada para pendidik di Malaysia sempena Hari Guru…
“Cikgu merupakan asas dan tulang belakang kepada semua masyarakat. Ia bukan semata-mata kurikulum yang formal atau aktiviti kokurikulum sahaja.
Namun mereka merangkumi segalanya berkaitan dunia sebenar. Mereka ialah golongan role model yang praktikal bagi para pelajar. Apa jua yang dibuat atau dikatakan oleh cikgu (atau sebaliknya) boleh memberi kesan yang berpanjangan. Terima kasih cikgu!
Amacam? Korang ada tak cikgu yang memberi pengaruh besar dalam hidup korang?
Mendidik ialah suatu tugas yang mencabar, dan pandemik yang masih berlangsung membuatnya lebih mencabar! Namun begitu, kita semua banyak mendengar tentang cikgu-cikgu yang tabah dan berjaya mengatasi pelbagai cabaran yang ada dan sanggup berkorban demi anak murid mereka.
Korang ada tak cikgu atau pensyarah yang macam ni? Pernah tak korang saksikan belas-kasihan dan dedikasi yang ditunjukkan mereka kepada korang ataupun anak-anak korang? Kitorang nak dengar cerita dari korang kalau ada!
Kalau korang merupakan pelajar atau ibu bapa kepada pelajar, tak kiralah di peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, atau sekolah menengah; beritahu kami tentang cikgu tersebut dan calonkan mereka dalam Anugerah RISE Educator: Remarkable Impact in Student Education!
Kalau menang, cikgu korang akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM2,000, manakala pencalon pula akan menerima saguhati bernilai RM500!
Tempoh pencalonan bermula sekarang hingga 23 April ni, manakala undian pula bermula pada 1 hingga 14 Mei. Pemenang bakal diumumkan pada 16 Mei, sempena Hari Guru!
Tunggu apa lagi? Calonkan beliau dan hantarkan cerita yang memorable! Cepat isi borang ini sebelum 23 April!