Kredit: ERA
Cepat je Ramadan berlalu kan? Bulan Syawal pun makin melabuhkan tirainya. Tapi sebelum tu, kitorang nak recap tentang Kempen Goodday Sebarkan Kebaikan bersama ERA! Jutaan terima kasih buat korang yang sudi mengambil bahagian dalam melakukan kebaikan sepanjang Ramadan!
Ada tiga komponen utama dalam kempen ni. Cuba tengok balik yang mana satu yang korang ambil bahagian:
#1 Goodday Turun Padang Bersama Radin
Bulan Ramadan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Bila kita melakukan kebaikan, kita akan mendapat ganjaran pahala berganda. Susu Goodday juga percaya di bulan Ramadan, bila kita sebarkan kebaikan kepada yang memerlukan, ianya akan membantu menyerikan hari mereka!
Sebab tulah susu Goodday turun padang bersama Radin untuk misi menyebarkan kebaikan melalui beberapa inisiatif murni. Mula-mula team Sebarkan Kebaikan turun padang untuk bersihkan rumah anak-anak yatim:
Haa, lepas tu pulak Radin dan susu Goodday pergi hantar makanan ke pusat jagaan orang-orang tua:
Kitorang bahagia sangat sebab dapat memberi impak positif buat golongan yang memerlukan, di samping menceriakan lagi hari mereka!
#2 Goodday Renungan Ramadan Live
Dalam komponen ni pulak, kitorang dengan penuh rasa syukur dapat menjemput Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah (atau nama glamernya DMFK) untuk berkongsi mesej, nasihat, dan kata-kata positif sempena Ramadan dalam sesi Facebook Live yang turut disertai Radin.
Setiap kali Ramadan, kita pasti ada banyak persoalan dan pendapat dalam menjalani ibadah puasa, lebih-lebih lagi di kala pandemik ni, contohnya macam mana untuk kekalkan minda yang positif di kala pandemik yang mencabar ni? Ataupun bagaimana kita boleh sebarkan lagi kebaikan agar dapat memanfaatkan seseorang?
Kalau korang terlepas sesi Facebook Live bersama DMFK, jom tonton sekarang:
#3 Goodday Beri Balik
Komponen terakhir bagi kempen ni ialah Goodday Beri Balik, di mana sumbangan dana diraih melalui saluran dalam talian daripada para pembeli Goodday yang memilih untuk membuat sumbangan berbanding tebus e-kredit mereka. Dan untuk komponen ini, susu Goodday telah berjaya mengumpul dana berjumlah RM29,118 untuk Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia! Alhamdullillah, thanks sangat korang!
Sekali lagi, kitorang nak ucapkan jutaan terima kasih buat korang yang sudi turut serta dalam menyebarkan kebaikan sepanjang Ramadan bersama Susu Goodday dan ERA! Moga korang murah rezeki sentiasa!
#GooddaySebarkanKebaikan #ERAGooddaySebarkanKebaikan #GooddayRamadan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.