Kredit: Shell Malaysia
Walaupun kita kini dah berjaya memasuki fasa pemulihan akibat pandemik Covid-19 dan menyaksikan kes harian jatuh kepada satu digit, ia tak bermakna kita benar-benar bebas dan selamat. Kalau korang berada di luar, pastikan korang elakkan 3C dan amalkan 3W seperti yang disarankan oleh KKM bagi mencegah Covid-19.
Salah satu langkah keselamatan yang korang boleh buat sepanjang musim pandemik ni ialah melakukan transaksi tanpa tunai bagi mengurangkan kontak. Shell amat memahami kerisauan orang ramai akan hal ni, jadi sebab itulah Shell menggalakkan korang untuk melakukan transaksi tanpa tunai bila nak isi minyak.
Dapatkan Ganjaran Ekstra bila korang buat transaksi tanpa tunai di Shell!
Mulai 15 Jun hingga 26 Julai ni, pelanggan yang memilih transaksi tanpa tunai di mana-mana stesen Shell di seluruh Malaysia akan menerima Ganjaran Ekstra dalam bentuk pulangan tunai dan rebat minyak. Pelanggan boleh pilih untuk membayar dengan kad debit Visa dan pilihan e-wallet yang ada di stesen Shell.
Kredit: Shell
Check out Ganjaran Ekstra yang menanti korang kalau korang buat transaksi guna Kad Debit Visa, e-wallet Touch ‘n Go, atau e-wallet Boost:
#1 Kad debit Visa
Bermula dari 15 Jun hingga 26 Julai, pelanggan yang belanja sekurang-kurangnya RM40 setiap transaksi sebanyak tiga kali menggunakan kad debit Visa sepanjang tempoh enam minggu ini berpeluang memenangi RM12 rebat minyak. Korang kena daftar dulu untuk transaksi yang pertama.
#2 E-wallet Touch ‘n Go
Bermula dari 15 Jun hingga 12 Julai, pelanggan yang belanja sekurang-kurangnya RM40 setiap transaksi menggunakan e-wallet Touch ‘n Go sepanjang tempoh empat minggu ini bakal menerima pulangan tunai sebanyak RM4 (setelah 3 hari bekerja).
#3 E-wallet Boost
Bermula dari 13 hingga 26 Julai, pelanggan yang belanja sekurang-kurangnya RM40 setiap transaksi menggunakan e-wallet Boost sepanjang tempoh dua minggu ini bakal menerima pulangan tunai sebanyak RM4 (setelah 3 hari bekerja).
Untuk info lanjut, layari di sini.
Jom singgah di mana-mana stesen Shell terdekat sekarang!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.