Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

ready set jom

Era 5G Dah Pun Muncul Di Malaysia, Dan Semestinya HUAWEI 5G Yang Terbaik

Nikmati sambungan internet yang stabil dan lancar di seluruh Malaysia.
Editor
23 Jan 2020, 01:34 PM

era 5g dah pun muncul di malaysia, dan semestinya huawei 5g yang terbaik

Kredit: HUAWEI & Freepik, Edit: ERA

Memang pantas kan evolusi bidang telekomunikasi ni? Dulu-dulu orang pakai telegraf, lepas tu guna fon biasa untuk call dan mesej, sekarang ni semua orang pun guna telefon pintar. Dari rangkaian 1G kepada 4G dan kini Malaysia dah bergerak ke era 5G!

Selalu dengar orang sebut 5G, tetapi apa maksud 5G sebenarnya?

Dengan teknologi 5G ni, ia mengatasi 4G dari beberapa segi. Internet menjadi lebih laju dan kerja-kerja download atau upload jadi lebih cepat. Kiranya peranti kita boleh berhubung dengan wireless network lebih pantas dan tentunya dapat menjimatkan masa. Dengan teknologi 5G yang memberikan internet yang pantas, ia juga membantu industri perubatan, pendidikan, pertanian, kota pintar dan banyak lagi.

Jadi apa kaitan HUAWEI dengan 5G? Untuk korang yang belum tahu, Projek Demonstrasi 5G Malaysia telah dilancarkan pada 20 Januari yang lalu. Dengan adanya projek ni bolehlah korang tengok keupayaan dan kehebatan teknologi 5G ni.  

era 5g dah pun muncul di malaysia, dan semestinya huawei 5g yang terbaik

Kredit: HUAWEI

HUAWEI menjadi antara yang terawal memperkenalkan telefon pintar flagship 5G – HUAWEI Mate 30 Pro 5G. Salah satu daripada sebabnya ialah dalam HUAWEI Mate 30 Pro 5G ni ada teknologi kejuruteraan smartfon dan inovasi 5G. Fon ni juga merupakan fon 5G pertama yang diperakui SIRIM di Malaysia.  

HUAWEI Mate 30 Pro 5G ada 21 antena dimana 14 antena tersebut support kesemua bands rangkaian 5G. Jadi tak kisahlah macam mana pun korang guna fon ni, korang masih boleh dapatkan signal 5Gnya yang stabil dan dengan fon korang boleh capai kelajuan internet sehingga 1.8mbps. Ia merupakan kelajuan internet yang terpantas di Malaysia buat masa ini.

era 5g dah pun muncul di malaysia, dan semestinya huawei 5g yang terbaik

Kredit: HUAWEI

Teknologi HUAWEI 5G mempunyai latency rendah?

era 5g dah pun muncul di malaysia, dan semestinya huawei 5g yang terbaik

Kredit: HUAWEI

Fon yang ada latency rendah ni maknanya mempunyai kualiti high-resolution dan signal yang stabil. HUAWEI Mate 30 Pro 5G ni dikuasakan oleh Kirin 990 5G SoC, jadi latencynya memang rendah. Nak livestream pun lancar dan laju. Powerlah!

era 5g dah pun muncul di malaysia, dan semestinya huawei 5g yang terbaik

Kredit: HUAWEI

Yang kaki game tu, korang mesti biasa main cloud game guna remote server kan? Tetapi dengan trend ni korang perlukan network resolusi tinggi yang berkualiti tinggi. Kalau tak, tak smooth la. Sebab tu kalau korang guna fon ni, korang akan jadi antara yang terawal dapat enjoy ‘Cloud game’ beresolusi tinggi dan latency rendah tau.

Dengan HUAWEI Mate 30 Pro 5G dan rangkaian 5G, kita boleh capai lower ping pada 11ms ke 20ms berbanding teknologi 4G sekitar 40 ke 60ms!

era 5g dah pun muncul di malaysia, dan semestinya huawei 5g yang terbaik

Kredit: HUAWEI

Nak lagi best, fon ni dilengkapi dengan kad grafik seni reka Mali-G76 MC16 GPU dalam Kirin 990 5G SoC, yang boleh memproses imej besar dengan mudah, grafiknya pun lebih gempak. Memang lagi puas nak main game. HUAWEI Kirin 990 5G juga menyokong komunikasi bersih 2G / 3G / 4G / 5G penuh, 5G NSA (rangkaian tidak berdiri sendiri) dan 5G SA (rangkaian tersendiri). Sementara itu, di rangkaian 5G masa depan, akan ada peralihan lancar kepada seni bina SA, jadi pengguna tidak perlu mengganti telefon mereka apabila menggunakan HUAWEI Mate 30 Pro 5G.

HUAWEI ni juga support smart living, so walaupun dengan teknologi 5G korang still boleh enjoy to the max dengan adanya HUAWEI Vision TV yang dicipta supaya korang boleh gunakannya menggunakan apa jua peranti.

TV ni berintegrasi dengan HiLink, iaitu platform IOT HUAWEI yang berfungsi sebagai pusat kawalan untuk lebih daripada 900 peranti yang serasi dengan platform.

era 5g dah pun muncul di malaysia, dan semestinya huawei 5g yang terbaik

Kredit: HUAWEI

HUAWEI Vision ni boleh disambungkan kepada internet dengan HUAWEI 5G CPE Pro, yang memberi broadband berkelajuan sangat tinggi serta ciri-ciri Dual-Link yang pintar.

HUAWEI HiLink yang ada membolehkan 5G CPE Pro untuk bersambung dengan apa jua rangkaian dengan hanya satu klik. Dengan ini pengguna boleh menikmati komunikasi secara visual yang beresolusi tinggi serta interaksi multimedia yang menyeluruh.

Kini semua orang boleh nikmati 5G di Malaysia!

Bila korang gunakan HUAWEI Mate 30 Pro 5G, korang bakal menikmati sambungan rangkaian 5G yang lebih stabil dan laju. Tambahan lagi, dalam banyak-banyak 47 buah negara di dunia ni yang ada sambungan 5G komersial, kebanyakan rangkaian 5G negara seperti, China, Germany, Britain, Dubai dan Italy disalurkan oleh HUAWEI.

Ini bermakna apabila anda menggunakan HUAWEI Mate 30 Pro 5G, anda boleh menikmati sambungan rangkaian 5G yang lebih stabil. Selain itu, anda juga boleh menikmati sambungan 5G yang lebih cepat dan stabil dengan pembekal rangkaian anda.

HUAWEI Mate 30 Pro 5G – sebuah fon pintar 5G yang unggul

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Huawei Arabia (@huaweiarabia) on

Dengan kedatangan era 5G, teknologi 5G HUAWEI membawakan kemudahan yang tak terkata. Kalau korang nak nikmati 5G yang laju dan lancar, jom guna kombinasi sempurna antara HUAWEI Mate 30 Pro 5G dan HUAWEI 5G!

Untuk info terkini HUAWEI Mate 30 Pro 5G dan HUAWEI 5G, layari di sini.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}