Kredit: Shutterstock
Mesti ramai yang ambil cuti panjang raya ni kan? Iyalah, sekolah pun tutup. Selain balik kampung dan ziarah saudara mara, bolehlah plan sekali trip keluarga ke destinasi menarik dalam Malaysia. Kata orang sambil menyelam minum air. Sambil berhari raya tu, sempat lagi bawa keluarga bercuti.
Yang masih berkira-kira lokasi terbaik yang sesuai untuk seisi keluarga tu, apa kata korang tengok senarai ni. Bolehlah mula rancang perjalanan korang.
#1 Melaka
Kredit: Shutterstock
Bukan orang Malaysia je, pelancong asing pun suka ke Melaka ni. Selain melihat senibina lama dan mempelajari sejarah Kesultanan Melayu Melaka, bolehlah belajar gaya hidup Baba Nyonya dan Serani di sana.
Ha, jangan lupa cuba coconut shake Klebang dan kuih keria viral sambil menyelusuri Sungai Melaka.
#2 Pahang
Kredit: Shutterstock
Pahang ni banyak kawasan tanah tinggi. Selain Genting Highlands bolehlah hirup udara segar di Janda Baik dan Bukit Tinggi sebelum bergerak ke Kuantan.
Trip ke Pahang ni tak lengkaplah kalau tak cuba tempoyak ikan patin dan melawat Muzium Sungai Lembing, satu-satunya lombong bijih timah bawah tanah yang terdalam dan terpanjang di dunia!
#3 Selangor
Kredit: Shutterstock
Yang nak pergi ke sekitar Kuala Lumpur dan Selangor tu, bolehlah ‘lajak’ sampai ke Sekinchan untuk ‘cuci’ mata dengan kawasan sawah padi, pergi melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan dan bolehlah ke Sasaran (sky mirror) untuk bergambar di atas pantai cermin. Tetapi kenalah pastikan korang pergi pada waktu yang sesuai.
#4 Perak, Pulau Pinang, Kedah
Kredit: Shutterstock
Lokasi yang terkenal sebagai syurga makanan: cendol, nasi ganja, laksa, mi kicap dan char kway teow. Tiga kawasan ni pun kaya dengan lokasi menarik seperti Teluk Senangin, Bukit Merah, Bukit Larut, Padang Kota Lama, Entopia by Penang Butterfly Farm dan Bukit Bendera.
Dari Simpang Pulai Perak pun, korang boleh ke Cameron Highlands dalam 1 jam perjalanan. Bolehlah makan strawberi coklat dan rasa nasi lemak strawberi yang viral tu!
#5 Johor
Kredit: Shutterstock
Korang yang menghala ke Selatan, bolehlah pergi ke beberapa lokasi menarik sekitar Johor. Anak-anak tentu teruja dapat masuk ke taman tema seperti Legoland, Austin Heights Water & Adventure Park, taman tema air terbesar di Johor Desaru Coast Adventure Park, Hello Kitty Town, Thomas Town, Angry Birds Activiti Park dan MCM Studio.
Pastikan korang cuba mi rebus tulang merah, kacang pol, bubur berlauk dan lontong kering sebelum pulang ke rumah masing-masing.
Tetapi, sebelum korang mulakan perjalanan pastikan kenderaan telah diservis dan korang menggunakan PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive, minyak baharu daripada PETRONAS ini yang menjanjikan pemanduan lancar, prestasi enjin yang responsif dan meningkatkan kecekapan bahan api.
Apa tunggu lagi? Jomlah serbu stesen PETRONAS hari ini. Klik di sini untuk info lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.