Kredit: Astro Ulagam
Cikgu merupakan tulang belakang negara kita kerana merekalah yang berkorban masa dan tenaga demi mengajar korang semua agar menjadi manusia berilmu; harapan negara di masa hadapan.
Jadi, sempena Hari Guru ni, jom buktikan rasa sayang dan penghargaan kepada cikgu korang dengan mencalonkan mereka dalam Anugerah “Remarkable Impact in Student Education (RISE) Educator”, di mana korang pun boleh menang hadiah tau!
RM2,000 bakal dimenangi oleh cikgu korang manakala individu yang mencalonkan mereka pula akan menerima RM500
Dengan kolaborasi antara Taylor’s College dan The Risers, Anugerah RISE Educator telah dilancarkan bagi menghargai dan meraikan semua cikgu yang memberi impak terhadap hidup kita.
Kalau korang nak calonkan cikgu kesayangan korang, korang boleh buat pencalonan mulai sekarang sehingga 23 April ni, dan syaratnya korang mestilah seorang murid atau ibu bapa kepada murid cikgu tu; tak kiralah cikgu prasekolah ke, sekolah rendah ke, ataupun sekolah menengah.
Dalam 100 patah perkataan atau kurang, jelaskan macam mana cikgu korang tu telah memberi kesan terhadap hidup korang ataupun anak korang. Nama lima orang finalis akan dipaparkan di platform media sosial Taylor’s College dan pemenang akan ditentukan oleh undian umum.
Josephine Tan, Pengarah Kampus Taylor’s College, berkata kepada media,
“Tugas sebagai pendidik sememangnya suatu pekerjaan yang mencabar, dan pandemik membuatkannya lebih mencabar! Meskipun begitu, kami banyak mendengar kisah para guru yang tabah dan mampu menghadapi segala cabaran yang ada; bahkan membuat yang terbaik demi anak murid mereka.
Demi usaha dan dedikasi tinggi yang diberikan oleh cikgu-cikgu ini, berserta dengan kebaikan yang mereka lakukan – kami ingin ucapkan jutaan terima kasih. Kami ingin anugerah ini menjadi sebuah medan di mana bukan saja murid, bahkan ibu bapa, menunjukkan rasa penghargaan mereka terhadap guru-guru cemerlang ini.”
Kredit: Taylor’s College
Tunggu apa lagi? Cepat isi borang ini sebelum 23 April!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.