Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

ready set jom

8 Jenis Pekerjaan Baru Popular Yang Tak Wujud 10 Tahun Lalu

Wah, macam best je semua pekerjaan ni!
Editor
04 Feb 2020, 11:47 AM

8 jenis pekerjaan baru popular yang tak wujud 10 tahun lalu

Kredit: Marvel

Teknologi sememangnya mengubah hidup kita. Dengan perkembangannya yang pesat, teknologi bukan saja membantu kita dalam menjalani hidup dengan lebih selesa dan cekap, tetapi juga memberikan peluang pekerjaan yang baru dan menarik.

Lapan jenis pekerjaan baru ni ialah antara peluang pekerjaan yang korang boleh buru pada zaman ini. 10 tahun lepas memang tak jumpalah pekerjaan ni:

#1 Pengurus Media Sosial (Social Media Manager)

Siapa yang suka spend time lama-lama di Facebook, IG, Twitter dan sebagainya bolehlah jadikan hobi korang sebagai pekerjaan tetap. Sekarang ni banyak syarikat mencari pengurus bagi laman media sosial mereka untuk menarik pelanggan baru dan berinteraksi dengan pelanggan.

#2 Pakar SEO (SEO Specialist)

Peranan utama pakar SEO adalah mengoptimumkan carian laman web dan kandungan (content). Dalam kata lain, orang ramai dengan serta-merta akan menjumpai syarikat korang dengan mudah dalam pencarian mereka hanya dengan memberikan kata kunci tertentu.

#3 Pengurus Kandungan (Content Manager)

Tugas pengurus kandungan ialah mengawasi kandungan yang ada di laman web dan blog, dan dia juga bertanggungjawab dalam membuat, mengedit, mengepos, mengemas kini kandungan, dan kadang-kadang membuang kandungan yang ketinggalan zaman.

#4 Pembina App (App Developer)

Teringin nak bina aplikasi permainan macam Flappy Bird atau aplikasi gaya hidup macam Airbnb yang menguntungkan? Korang boleh jadi pembina app.

#5 Pengurus Komuniti (Community Manager)

Tugas seorang pengurus komuniti ialah membina, mengembangkan, dan mengurus komuniti yang ada dalam talian demi meningkatkan nama syarikat atau jenama yang diwakilinya.

#6 Jurutera AI (AI Engineer)

Macam mana nak buat robot atau mesin semakin bijak dan mampu beroperasi dengan sendirinya? Ni antara perkara yang harus diselesaikan oleh jurutera AI (artificial intelligence atau kecerdasan buatan).

#7 Saintis Data (Data Scientist)

Bukan semua orang boleh faham data seperti statistik dan fakta yang kompleks. Salah satu tugas utama saintis data ialah mengumpul dan menganalisa data yang ada dan membuatnya lebih mudah difahami, selain daripada menyelesaikan sesuatu masalah berdasarkan kepada data yang ada.

#8 Pereka Teknologi Boleh Pakai (Wearable Tech Designer)

Pernah terfikir tak, siapa yang mereka jam tangan, gelang tangan, atau cincin pintar yang dipakai? Gajet-gajet seperti ini termasuk dalam kategori internet of things (IOT), iaitu sebuah sistem peranti pengkomputeran yang saling berkaitan, di mana pemindahan data melalui sesebuah rangkaian boleh dibuat dengan mudah tanpa memerlukan sebarang interaksi di antara manusia dengan manusia atau manusia dengan komputer.

Semua ni ialah pekerjaan dengan permintaan yang tinggi

Kalau korang nak tau, semua pekerjaan yang disenaraikan di atas ni termasuk bidang pekerjaan yang sedang trending sebab permintaannya yang tinggi, ditambah dengan gaji yang lumayan.

Sebahagiannya juga termasuk dalam industri 4.0, yang merupakan subset kepada revolusi perindustrian keempat yang melibatkan teknologi seperti IOT, percetakan 3D, analisis data besar (big data analytics), keselamatan siber (cybersecurity), dan sebagainya.

Kalau berminat nak menceburkan diri dalam bidang ni, jom datang ke pameran kerjaya Jobstreet Malaysia Career & Training Fair 2020 untuk ketahui lebih lanjut tentang pelbagai peluang pekerjaan yang ada, termasuk semua pekerjaan di atas ni!

Jangan lupa datang pada:

  • Tarikh: 15 & 16 Februari 2020 (Sabtu dan Ahad)
  • Masa: 10 pagi hingga 7 malam
  • Tempat: Mid Valley Exhibition Centre

8 jenis pekerjaan baru popular yang tak wujud 10 tahun lalu

Ni antara aktiviti menarik di Jobstreet Malaysia Career & Training Fair 2020:

  • Resumé Clinic: Rasa resumé korang tak cukup bagus? Jobstreet.com akan tolong korang buat resume yang mengagumkan bakal majikan!
  • Interview kerja on-the-spot: Bersemuka dengan bakal majikan dan dapatkan peluang untuk ditemu duga pada waktu yang sama.
  • Tips kerjaya oleh ahli yang pakar dalam bidang.
  • Cabutan bertuah ‘My Lucky Day’ – Setiap pelawat berpeluang menerima hadiah.

Terdapat lebih daripada 100 buah syarikat yang menawarkan lebih daripada 10,000 peluang pekerjaan

Ni ialah antara syarikat-syarikat ternama yang bakal ada di pameran kerjaya Jobstreet:

  • Kechen Technology Corporation
  • Genting Berhad
  • Time Dotcom Berhad
  • American Express (Malaysia) Sdn Bhd
  • Samsung Malaysia Electronic (SME) Sdn Bhd

Dan banyak lagi!

Berminat? Ni beberapa perkara yang korang kena buat sekarang

  • Buat pra-pendaftaran dengan akaun Jobstreet.com
  • Pastikan korang kemas kini profile Jobstreet tu
  • Sediakan resumé (print dan bawa juga softcopy dalam pendrive)
  • Korang boleh mohon kerja yang korang nak dengan profile Jobstreet.com dengan mengimbas kod QR yang ada di booth nanti

Oh ya, jangan lupa claim hadiah yang menanti korang di kaunter My Lucky Day nanti!

Untuk info lanjut tentang pameran ni, layari di sini.

Jumpa di sana!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}