Kredit: Tourism Australia
Siapa yang tak suka pergi melancong? Antara lokasi pelancongan mesti pergi, tentunya Australia. Ada banyak tempat menarik yang korang boleh lawati di negara kanggaru ni.
Sementara kita masih dalam sekatan ke luar negara sepanjang PKPP ni, apa kata korang rancang dulu lokasi pelancongan mana yang korang nak tuju. Bila dah tamat PKPP dan keadaan dah cukup selamat, bolehlah merealisasikan rancangan percutian tu.
Untuk korang yang nak bercuti ke Australia, jom check out tempat-tempat alam semulajadi menarik dan tip percutian awesome yang dikongsikan oleh Tourism Australia buat korang yang berminat untuk melancong ke Australia nanti...
#1 Main ski dan bersnowboarding di Perisher, New South Wales
Ski resort di Perisher lokasi popular tumpuan pengunjung. Kredit: Tourism Australia
Perisher merupakan ski resort yang terbesar di hemisfera selatan dan terletak di pergunungan bersalji Australia atau dikenali sebagai Australian Alps. Di sini korang boleh buat pelbagai aktiviti yang melibatkan salji, macam ski dan snowboarding.
Berbeza dengan Eropah dan Amerika Utara, musim sejuk di Australia bermula pada pertengahan tahun, mulai bulan Jun sampai Ogos. So sangat perfect kalau korang nak pergi ke destinasi bersalji masa cuti pertengahan tahun!
#2 Jelajahi Great Barrier Reef di Queensland
Check out dasar lautan dan terumbu karang berwarna-warni. Kredit: Tourism Australia
Suka berenang dan menyelam? Jangan lepaskan peluang untuk menjelajahi Great Barrier Reef! Saksikan keindahan hidupan di bawah laut yang pelbagai dan berwarna-warni sambil berenang dengan ikan dan penyu di terumbu karang terbesar di dunia.
Kebiruan Great Barrier Reef yang memukau. Kredit: Salty Wings
Buat pencinta hidupan akuatik dan seni, korang juga boleh check out Museum of Underwater Art yang ada di sini untuk melihat seni dasar laut.
#3 Lihat haiwan-haiwan liar yang comel macam anjing laut di Kangaroo Island, South Australia
Jom jumpa dan bertentang mata dengan anjing laut. Kredit: South Australian Tourism Commission
Geram dengan anjing laut yang gemuk dan comel? Korang boleh jumpa diorang terus kat sini! Bukan tu je, Kangaroo Island ni juga dikenali sebagai zoo tanpa pagar sebab senang terjumpa dengan hidupan liar yang tinggal di sini! So pencinta haiwan semua kena datang sini.
Selain tu, di sini korang juga boleh nikmati makanan laut dan keju yang segar dan sedap.
#4 Saksikan pemandangan Wineglass Bay yang memukau di Freycinet National Park, Tasmania
Pemandangan romantik yang memukau. Kredit: Tourism Australia
Di Freycinet National Park, korang bukan saja boleh tenangkan diri sambil berjalan di atas pasir putih dan melihat lautan biru yang indah, tapi korang juga boleh melalui trek ke atas bukit bagi menyaksikan pemandangan Wineglass Bay yang memukau.
Berkawan dengan Wallaby yang comel. Kredit: Tourism Australia
Bukan tu je! Korang juga boleh berjumpa dengan beberapa haiwan unik yang hanya boleh dijumpai di Australia, seperti Wallaby!
#5 Saksikan pemandangan indah matahari terbenam dan penguin-penguin comel di Phillip Island, Victoria
Pemandangan menakjubkan. Kredit: Tourism Australia
Selain melihat pemandangan matahari terbenam dari jarak dekat di Phillip Island, salah satu sebab utama kenapa pelancong suka ke Phillip Island ialah untuk melihat perarakan penguin yang comel.
Anak-anak penguin yang comel! Kredit: Phillip Island Nature Park
#6 Pergi road trip melalui South West menuju Esperance di Western Australia bagi menyaksikan pemandangan laut yang indah
Road trip dalam mini van. Kredit: Tourism Australia
Siapa yang adventurous rugi kalau terlepas peluang pergi road trip melalui South West ni! Nikmati pemandangan alam semulajadi yang indah sepanjang perjalanan. Lihat ikan paus, orcas dan pelbagai pokok yang tertinggi di Australia. Nikmati makanan laut yang enak dan segar.
Lalui kehijauan yang menenangkan. Kredit: Sean Scott Photography
Korang boleh mulakan road trip selama 14 hari ni dari Perth ke Bunbury pada hari pertama. Lepas tu stop kejap kat Margaret River Region sebelum bertolak ke Pemberton. Singgah di Denmark (bukan negara Eropah tu!) untuk saksikan pokok-pokok yang tinggi.
Bremer Bay. Kredit: Tourism Australia
Kemudian pergi ke Albany untuk meninjau tempat di mana para peneroka Eropah mula-mula sekali menjejakkan kaki di bahagian Barat Australia pada tahun 1826. Lepas tu korang boleh teruskan perjalanan ke Bremer Bay di mana korang boleh lihat burung laut, ikan lumba-lumba, jerung, sotong raksasa dan anjing laut.
Ikan lumba-lumba di Bremer Bay. Kredit: Tourism Australia
Akhir sekali ialah Esperance di mana korang boleh pelajari lebih lanjut tentang suku kaum Asli Noongar yang menetap di sini dan bagaimana mereka memburu makanan.
#7 Pergi mendaki atau berbasikal di Namadgi National Park, Australian Capital Territory
Nikmati kedamaian alam ketika berbasikal. Kredit: Tourism Australia
Seronoknya mendaki atau berbasikal sambil menikmati udara segar dan pemandangan alam semulajadi yang indah!
Di Canberra, yang juga merupakan ibu negara Australia, terdapat pelbagai bangunan moden, muzium, galeri dan sebagainya yang bertaraf dunia selain alam semulajadinya yang indah.
Kalau penat boleh duduk dan rehat sambil menyaksikan pemandangan yang cantik. Namadgi National Park adalah sebahagian dari Australian Alps dan menawarkan trek menarik untuk berbasikal dan berjalan kaki – lihatlah sekeliling dan korang mungkin dapat melihat hidupan liar di habitat asalnya.
Pergi mendaki di Namadgi National Park Booromba Rocks. Kredit: Tourism Australia
#8 Bersiar-siar di kawasan outback, belajar budaya Aboriginal , dan saksikan pameran lampu cahaya yang indah iaitu Field of Light di Uluru, Northern Territory
Pelajari budaya tempatan dari suku kaum Pitjantjatjara dan Yankunytjatjara. Kredit: Tourism Australia
Jelajahi kawasan outback yang terpencil dengan pemandangan yang lain daripada lain. Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari budaya Aboriginal Kuno termasuk bahasa dan masakan mereka yang menyihatkan.
Belajar masakan orang asli di Uluru. Kredit: Tourism Australia
Kalau nak berselfie, korang kena pergi Field of Light yang memukau gila di waktu malam!
Perubahan dari siang ke malam. Kredit: Tourism Australia
Cantik kan? Dah macam berada di alam fantasi je!
Berlatarbelakangkan waktu senja. Kredit: Tourism Australia
Amacam trip melancong ke Australia ni? Bila keadaan dah selamat nanti, bolehlah korang book tiket
Tetapi kenalah pastikan korang follow SOP sepanjang pergi melancong tu termasuk pakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan. Pastikan juga korang benar-benar sihat untuk melancong. Tak syok la kan nak bercuti kalau badan tak sihat.
Nak tau apa lagi lokasi dan aktiviti menarik yang korang boleh lakukan di Australia, korang check out je website Tourism Australia atau Facebook untuk info lanjut!