Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

ready set jom

7 Sebab Kenapa Kitorang Gilakan Fon Pintar Mampu Milik HUAWEI nova 7 SE Ni!

Fon pintar 5G ni hanya berharga RM1,499 je tau! Jom ketahui kehebatannya dengan Isabel Koh, pengurus jenama HUAWEI nova!
Editor
15 Jun 2020, 02:59 PM

7 sebab kenapa kitorang gilakan fon pintar mampu milik huawei nova 7 se ni!

Kredit: HUAWEI

Korang tau tak, fon pintar 5G HUAWEI nova 7 SE ialah fon terbaharu HUAWEI yang dijual pada harga serendah RM1,499 je tau! Ni bermakna fon ini merupakan fon pintar 5G yang paling mampu milik di Malaysia! Ia bakal menemui korang di pasaran pada 19 Jun ini bersama dengan FreeBuds 3i yang juga akan dilancarkan pada harga RM399.

7 sebab kenapa kitorang gilakan fon pintar mampu milik huawei nova 7 se ni!

Kredit: HUAWEI

Kalau korang beli fon ni mulai 19 Jun, korang boleh nikmati ganjaran berganda seperti berikut:

  • Hadiah percuma bernilai sehingga RM1,256*, termasuk HUAWEI Band 4, HUAWEI Cloud Storage 15GB untuk setahun, nova casing, HUAWEI Video (bawah kategori Dimsum) untuk tiga bulan, dan ganjaran Member Center bernilai sehingga RM1,000* (*ganjaran berbeza daripada rakan kongsi HUAWEI)
  • Hadiah percuma dari HUAWEI AppGallery Carnival 2020 untuk setiap pembelian*
  • Sesi Cabutan Bertuah AppGallery Carnival: peluang memenangi Proton X70*

7 sebab kenapa kitorang gilakan fon pintar mampu milik huawei nova 7 se ni!

Kredit: HUAWEI

Sementara stok masih ada dan tertakluk pada terma & syarat**

Cun gila kan warna dan rekaan fon ni? Ni tujuh sebab kenapa korang kena dapatkan HUAWEI nova 7 SE ni, menurut pengurus jenama HUAWEI nova iaitu Isabel Koh:

#1 Warna yang memukau sesuai personaliti

7 sebab kenapa kitorang gilakan fon pintar mampu milik huawei nova 7 se ni!

Kredit: HUAWEI

Nova 7 SE ni datang dalam pelbagai pilihan warna yang berkilau lagi memukau seperti Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple. Lepas ni tak perlulah nak beli casing untuk fon korang sebab warna fon ni dah cukup gempak!

#2 Lebih ringan daripada beg mekap

7 sebab kenapa kitorang gilakan fon pintar mampu milik huawei nova 7 se ni!

Kredit: HUAWEI

Kalau nak tampil bergaya tak kira masa, tak sah kalau tak bawa beg mekap. Tapi bila dah semuanya diangkut, memang berat dan penat nak usung sana sini, tu belum lagi nak bawa dompet dan fon. Dengan nova 7 SE ni, korang tak perlu lagi penat nak bawa barang berat-berat!

Fon ni memaparkan rekaan minimalis bagi software dan hardwarenya. Bukan saja prestasinya sangat mantap, tetapi pemprosesannya juga tidak memerlukan ruang yang banyak, jadi saiz motherboard pun kecil je. Hasilnya, fon pintar ni cukup ringan dan nipis!

#3 Tangkap butiran sekecil manapun dengan Kamera Quad AI 64MP

7 sebab kenapa kitorang gilakan fon pintar mampu milik huawei nova 7 se ni!

Kredit: HUAWEI

Kecewa gambar yang diambil pada waktu malam gelap? Lighting kurang memuaskan dalam bilik untuk bervideo call? Jangan risau. Dikuasakan oleh pemproses Kirin 820 dan keupayaan AI yang kuat, kamera Quad AI 64MPnya bakal memberikan korang fotografi, gambar waktu malam, dan video 4K yang berkualiti tinggi. Untuk kaki fotografi pula, confirm korang akan jatuh cinta dengan fon ni punya lensa ultra-wide angle, makro, dan bokeh!

Untuk kaki selfie pula, kamera depan 16MPnya memaparkan f/2.0 aperture besar dengan saiz piksel 1.0 um, yang membolehkannya menangkap lebih banyak cahaya dan butiran dalam selfie tu. Kamera depan ni turut menyokong Super Night Selfie 2.0 untuk pencahayaan yang rendah.

Manakala noise dikawal oleh algoritma BM3D, sementara butiran yang ada ditingkatkan lagi dengan bingkai RAW. Semua ni ambil masa cuma 2 saat je untuk kamera menghasilkan potret yang cun.

#4 Tak perlu terlepas lagi momen-momen indah dengan Dual-View

7 sebab kenapa kitorang gilakan fon pintar mampu milik huawei nova 7 se ni!

Kredit: HUAWEI

Korang terserempak dengan Hael Husaini masa tengah jalan-jalan dan tak sabar nak tunjukkan pada member-member? Momen indah macam nilah yang korang perlukan kamera canggih. Tapi kalau asyik kena flip kamera dan edit je macam buang masa.

Jangan risau! Dengan Dual-View Video Mode pada nova 7 SE ni, korang boleh tangkap gambar dari pelbagai sudut tanpa perlu flip. Kamera belakangnya mempunyai lensa makro untuk shoot secara close-up, so korang boleh tangkap detik menarik tanpa banyak hal.

#5 Tak perlu lagi usung powerbank yang berat dengan 40W SuperCharge

7 sebab kenapa kitorang gilakan fon pintar mampu milik huawei nova 7 se ni!

Kredit: HUAWEI

Nak pergi konsert, melepak di mall, siapkan tugasan. Kita sibuk dengan agenda harian sampai kadangkala terlupa nak cas fon. Bila dah di luar memang nayalah kalau bateri fon tinggal sikit, dan kita pulak tertinggal powerbank. Dahlah powerbank tu berat.

Takpe, sekarang boleh ucapkan bye-bye pada powerbank yang berat sebab nova 7 SE ni dilengkapi dengan bateri sebesar 4000mAh dan 40W SuperCharge. So korang boleh cas fon sehingga 70% dalam masa setengah jam je! Dan bateri pun tahan lama.

#6 Harga yang cukup murah dan mampu milik bagi fon pintar 5G

7 sebab kenapa kitorang gilakan fon pintar mampu milik huawei nova 7 se ni!

Kredit: HUAWEI

HUAWEI nova 7 SE ni bakal menjadi fon pintar 5G mampu milik yang pertama di Malaysia, dan pastinya ramai antara kita yang menyangka harganya juga mahal. Tapi jangan risau! Walaupun dengan fotografi dan videonya yang berkualiti tinggi serta prestasi yang unggul, korang boleh miliki fon ni kurang daripada RM2,000! Best gila kan?

#7 Kongsi pelbagai benda dengan mudah guna HUAWEI Share dan MEETime

7 sebab kenapa kitorang gilakan fon pintar mampu milik huawei nova 7 se ni!

Kredit: HUAWEI

Selama ni nak kongsi dokumen atau slide untuk presentation semasa meeting atau kelas dalam talian memang agak leceh. Tapi dengan HUAWEI Share, sebuah fungsi perkongsian fail di antara peranti HUAWEI, segala urusan bakal lancar!

MEETime pula menyokong panggilan video 1080p dengan teknologi pengesanan wajahnya yang meningkatkan kualiti gambar walaupun dalam pencahayaan yang rendah.  

Selain daripada kualiti video yang mantap, HUAWEI MEETime juga ada fungsi Kongsi Paparan (Screen sharing) dan Mod Cantik (Beauty Mode). Tak kiralah korang bekerja atau bersuka ria, fon ni memenuhi segala kehendak gaya hidup korang!

HUAWEI FreeBuds 3i – Tinggal pakai dan sedia untuk disambung dengan Siri HUAWEI nova 7

7 sebab kenapa kitorang gilakan fon pintar mampu milik huawei nova 7 se ni!

Kredit: HUAWEI

HUAWEI FreeBuds 3i yang terbaharu dan dipertingkatkan ni datang dalam bentuk kon yang ergonomic bagi penggunaan berpanjangan yang selesa. Bakal dilancarkan pada 19 Jun, ia boleh disambungkan dengan HUAWEI nova 7 dan berharga RM399 je.

Bergembira dengan HUAWEI AppGallery

Dengan semua fungsi yang canggih ni, korang juga bakal bergembira dengan HUAWEI AppGallery yang menawarkan pengalaman hiburan yang moden. Ia memaparkan pelbagai aplikasi kegemaran ramai orang Malaysia seperti Maybank2U, Facebook, Shopee, Lazada dan lain-lain. Untuk info lanjut, layari di sini.

Sertai HUAWEI AppGallery Carnival!

7 sebab kenapa kitorang gilakan fon pintar mampu milik huawei nova 7 se ni!

Kredit: HUAWEI
 

HUAWEI AppGallery Carnival kini kembali! Dari 19 hingga 30 Jun ini, korang berpeluang merebut pelbagai tawaran dan memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM2juta! Terdapat di semua HUAWEI Experience Stores (HES), antara hadiah yang menanti ialah Proton X70 dan 500 buah skuter elektrik.

Kalau korang tak sabar nak tunggu hingga 19 Jun, jom singgah di Huawei Store untuk dapatkan baucar bernilai sehingga RM160. Apa tunggu lagi?

Nikmati ganjaran menarik dengan Member Centre Rewards

Dengan setiap pembelian HUAWEI nova 7 SE, korang boleh dapatkan pelbagai ganjaran menarik bernilai lebih daripada RM1,000! Antara rakan kongsi yang menawarkan ganjaran yang ada termasuklah Baskin Robbin, Domino’s Pizza, Texas Chicken, Puma, AirAsia BIG, Free Fire dan banyak lagi!

Satu lagi ganjaran menarik ialah Baucar Diamond Royale khas untuk gamers!

Ni langkah untuk tebus:

1. Pergi Huawei AppGallery > Pilih tab ‘Gift’ > Tebus hadiah percuma 'Diamond Royale’ di Free Fire > Copy kod

2. Pergi https://reward.ff.garena.com > Log masuk ke akaun Free Fire korang > Masukkan kod penebusan > Klik ‘Confirm’

Jom singgah di HUAWEI Store atau HES yang terdekat sekarang!

Jom singgah di Huawei Store atau Huawei Experience Stores (HES) yang terdekat sekarang untuk ketahui lebih lanjut tentang nova 7 SE. Yang lagi best, HUAWEI juga menawarkan installment plan yang bermula dari RM5.20 sehari bagi mengurangkan beban korang.

7 sebab kenapa kitorang gilakan fon pintar mampu milik huawei nova 7 se ni!

Kredit: HUAWEI

Pastikan korang tak ketinggalan pada 19 Jun ni! Untuk info lanjut, layari sini untuk maklumat lanjut Huawei nova 7SE dan klik sini untuk peranti Huawei yang lain.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}