Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

ready set jom

Dengan Bajet Serendah RM200 Je, Korang Boleh Teroka Sarawak Dengan 5 Pakej Pelancongan Yang Murah Ni!

Ajak member-member korang mengembara ke Sarawak sama-sama!
Dayana Sobri
17 Feb 2022, 12:13 PM

Artikel ini ditaja oleh Sarawak Tourism Board

  dengan bajet serendah rm200 je, korang boleh teroka sarawak dengan 5 pakej pelancongan yang murah ni!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Sarawak adalah negeri terbesar Malaysia di kepulauan Borneo. Hutan hujan tebal meliputi sebahagian besar wilayah ni, di mana segelintir bandar terletak di pantai Laut China Selatan.

Ibu kotanya iaitu Kuching biasanya menerima jumlah pelawat antarabangsa yang tertinggi (sebelum pandemik). Kalau korang prefer nak teroka alam semulajadi dan alami budaya tempatan yang kaya, korang tak boleh stay kat bandar je tau!

Kalau rasa nak cuti-cuti Malaysia, cepat check out promo istimewa pakej pelancongan ke Sarawak Sia Sitok Sarawak Plus yang ditawarkan sehingga 28 Februari ni sementara promo masih sah!

Pelbagai jenis pakej pelancongan Sarawak untuk setiap individu mengikut bajet dan minat masing-masing 

Lawati salah satu daripada 25 taman negara yang ada kat sini. Atau terokai gua-gua yang terkenal di dunia dan jelajah ke ceruk hutan di mana suku kaum tertentu bermastautin dan mengalu-alukan kedatangan korang.

Sertai pelayaran sungai paya bakau dan pergi berkayak di sepanjang sungai untuk perspektif berbeza tentang dalam persekitaran yang subur ini. ‘Berkawan’ dengan haiwan yang jarang ditemui termasuk monyet proboscis dan orang utan.

Jom lihat beberapa pakej pelancongan Sarawak yang menarik ni:

#1 Pakej ‘Serian & Asajaya (Day Trip)’ 

dengan bajet serendah rm200 je, korang boleh teroka sarawak dengan 5 pakej pelancongan yang murah ni!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Sesuai buat korang yang suka teroka budaya lain, pakej harian ni akan bawak korang pergi ke ceruk luar bandar yang terpencil di mana kawasan tu kaya dengan hasil ladang mereka yang unik dan subur. kunjungi tempat bersejarah di Beliong sebelum makan tengah hari hidangan tempatan yang buat terliur, macam lauk udang galah (udang air tawar).

dengan bajet serendah rm200 je, korang boleh teroka sarawak dengan 5 pakej pelancongan yang murah ni!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Lepas tu, kaki shopping pulak bolehlah beli kuih-muih tempatan dan makanan ringan serta kraftangan khusus di Serian/Asajaya. Dalam perjalanan pulang, korang akan dibawa untuk singgah ke Pasar Serian dengan hasil ladang istimewa.

Pakej harian berdurasi 6 jam ni berharga RM200/dewasa dan RM100/kanak-kanak umur 2 – 11 tahun. Pakej ni nak at least 4 orang dewasa kalau nak book.

#2 Pakej ‘Kg Sting (Bengoh) Adventure Overnight (2H1M)’ 

dengan bajet serendah rm200 je, korang boleh teroka sarawak dengan 5 pakej pelancongan yang murah ni!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Dulu-dulu kalau korang nak lawat Kampung Bidayuh, korang takde choice selain mendaki selama 8 jam! Nasib baik sekarang cuma 15 minit je dengan menaiki bot sambil dikelilingi pemandangan pergunungan yang wow gila merentasi Tasik Bengoh (jaraknya 1 jam dari Kuching).

Banyak air terjun dan anak sungai mengalir ke Tasik Bengoh yang kini berfungsi sebagai tadahan air untuk Kuching. Mendaki ke Air Terjun Kling untuk berendam air sejuk sebelum makan tengah hari juadah istimewa Sarawak memang suatu pengalaman yang tak boleh dilupakan!

dengan bajet serendah rm200 je, korang boleh teroka sarawak dengan 5 pakej pelancongan yang murah ni!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Lepas tu, korang akan dibawa pulak ke Air Terjun Susung yang indah sebelum bermalam di Kampung Sting yang terletak tinggi di atas puncak gunung berdekatan tasik. Bolehlah tenangkan diri sambil menikmati pemandangan tasik yang indah.

Pakej dua hari satu malam ni berharga RM300/dewasa, dan minimum empat orang dewasa kalau nak book.

#3 Pakej ‘Splendour of the Rejang Delta (2H1M)’ 

dengan bajet serendah rm200 je, korang boleh teroka sarawak dengan 5 pakej pelancongan yang murah ni!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Peminat seafood, pakej ni sangat sesuai untuk korang. Bagi pakej ni korang akan dibawa melawati Belawai dan nikmati makanan laut yang kaya yang ditangkap dari delta sungai Rajang yang indah dan segar. Oh ya, kalau korang nak tau, tempat ni merupakan pusat songket Sarawak (tenunan Melayu). Lawatan ini akan bertolak dari Sibu.

dengan bajet serendah rm200 je, korang boleh teroka sarawak dengan 5 pakej pelancongan yang murah ni!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Pakej dua hari satu malam ni berharga RM320/dewasa dan RM260/kanak-kanak umur 2 – 11 tahun. Pakej ni nak at least enam orang kalau nak book.

#4 Pakej ‘Upper Rajang Discovery (2H1M)’ 

dengan bajet serendah rm200 je, korang boleh teroka sarawak dengan 5 pakej pelancongan yang murah ni!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Jom jumpa dengan pahlawan Iban yang garang dan merupakan ‘abang long kawasan’ kat Kanowit, Song dan Kapit. Pekan-pekan ni juga masih menempatkan Kubu yang dibina pada zaman Rajah, di mana suatu ketika dulu ia bertujuan untuk menenang dan meredakan keadaan masa zaman penjajah. Lawatan ini akan bertolak dari Sibu.

dengan bajet serendah rm200 je, korang boleh teroka sarawak dengan 5 pakej pelancongan yang murah ni!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Pakej dua hari satu malam ni berharga RM320/dewasa dan RM260/kanak-kanak umur 2 – 11 tahun. Pakej ni nak at least enam orang kalau nak book.

#5 Pakej ‘Limbang Exploratory (2H1M)’ 

dengan bajet serendah rm200 je, korang boleh teroka sarawak dengan 5 pakej pelancongan yang murah ni!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Limbang biasanya amat dikenali di kalangan orang Brunei sebagai sebuah pusat hiburan yang meriah. Selain tu, Limbang turut mempunyai beberapa tempat alam semula jadi yang menarik untuk diterokai. So korang boleh trekking, nikmati pemandangan yang cun, dan sebagainya.

dengan bajet serendah rm200 je, korang boleh teroka sarawak dengan 5 pakej pelancongan yang murah ni!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Pakej dua hari satu malam ni berharga RM650/dewasa, dan ia nak at least enam orang dewasa kalau nak book.

Juh Sia Sitok Sarawak (Jom Sana-Sini Sarawak) dengan pelbagai pilihan pakej pelancongan Sarawak oleh Sia Sitok Sarawak Plus (SSS Plus)! 

dengan bajet serendah rm200 je, korang boleh teroka sarawak dengan 5 pakej pelancongan yang murah ni!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Bukan 5 pakej ni je yang ada tau, ada macam-macam lagi pakej pelancongan Sarawak yang ditawarkan Sia Sitok Sarawak Plus yang boleh didapati dan ditempah melalui platform MHholidays dan Journify. Tempoh jualan bermula sekarang hingga 28 Februari 2022 ni, untuk tempoh perjalanan dari sekarang hingga 30 April 2022.

Di platform MHholidays, korang boleh tempah penerbangan ke Sarawak dan juga penginapan kat portal yang sama. Bukan tu jer, korang boleh tambah pengalaman perjalanan dengan menempah pakej pelancongan di Sarawak yang ditawarkan di Journify daripada mana-mana 57 buah pakej eksklusif dengan harga serendah RM95 je!

Dalam kata lain, SSS Plus menawarkan pakej pelancongan ke Sarawak yang dilengkapi dengan:

  • Penerbangan + Penginapan (melalui MHHolidays), atau
  • Penerbangan + Penginapan (melalui MHholidays) + Pakej Pelancongan (melalui Journify)

Oh ya, sebelum korang pergi, pastikan korang dah sedia maklum tentang SOP yang terkini untuk memasuki Sarawak (SOP dah pun berkuatkuasa pada 14 Januari 2022).

Untuk rakyat Malaysia, korang dibenarkan masuk ke Sarawak kalau korang memenuhi sekurang-kurangnya tiga syarat utama berikut:

  • Melengkapkan borang E-Health Declaration Form (E-HDF) yang boleh diisi di laman web Sarawak Disaster Management Committee (SDMC) dalam tempoh 12 jam sebelum tiba di Sarawak.
  • Tiada sejarah melancong ke luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum memasuki Sarawak.
  • Ada bukti yang korang telah lengkap divaksin (ini akan disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa semasa di lapangan terbang).

  dengan bajet serendah rm200 je, korang boleh teroka sarawak dengan 5 pakej pelancongan yang murah ni!

Kredit: Sia Sitok Sarawak Plus

Untuk info lanjut dan nak buat tempahan, jom layari platform MHholidays dan Journify.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us