
Kredit: Ma Giacomet/Flickr
Siapa yang minat budaya dan rasa halal oriental China, pernah tak terdetik di hati nak lawat China? Kalau pernah, mungkin korang ada juga rasa risau tentang nak cari makanan halal dan juga tempat yang bersih dan selesa untuk solat.
Kalau korang nak tau, 1% hingga 2% daripada jumlah populasi di China beragama Islam (menurut CIA World Factbook). Setakat tahun 2009 je bilangan Muslim di China dah cecah 21 juta orang. Bukan tu je, menurut SARA, terdapat 36,000 tempat ibadat untuk orang Islam di China.
So, takde hal lah kalau korang nak cari restoran yang halal atau masjid untuk bersolat. Bercakap pasal makanan halal, ni tips untuk korang: kalau nak tau restoran tu halal ke tak, tengok samada perkataan 清真 (Qing Zhen, yang bermaksud halal) ada pada papan tanda atau bahagian depan restoran.
Check out 5 destinasi mesra Muslim di China yang korang patut lawati:
#1 Xi’an
Xi’an terletak di bahagian tengah China dan ia sangat terkenal dengan tapak penemuan arca Tentera Terracotta di zaman Dinasti Qin.

Kredit: AirAsia
Selain tu, ni tempat-tempat menarik yang korang kena pergi di Xi’an:
Masjid Agung Xi’an

Kredit: AirAsia
Giant Wild Goose Pagoda

Kredit: Frank Muller/Flickr
Tembok Xi’an

Kredit: Mbphillips/Flickr
Huaqing Palace

Kredit: acceleratorist/Flickr
Xi’an Bell Tower

Kredit: Prad Patel/Flickr
Kalau korang ada di Xi’an, korang boleh stay kat Skytel Hotel Xi’an, yang terletak hanya 15 minit dari Muslim Quarters (kawasan orang Islam dengan pelbagai pilihan makanan halal) dan 5 minit dari stesen metro Zhonglou.
Jangan lupa cuba Yang Rou Pao Mo, makanan mesti cuba di bandar Xi’an!

Kredit: Kirk K/Flickr
Oh ya, korang juga boleh shopping kat Muslim Quarters. Sini pun terdapat banyak kedai yang menjual barangan unik!

Kredit: Adam Lai/Flickr
#2 Lanzhou
Lanzhou ialah salah satu tempat lahirnya Islam di China, dan ia terletak dalam wilayah Gansu. Nak tau lebih lanjut tentang sejarah Islam kat China, Lanzhoulah tempatnya. Ni beberapa tempat menarik di Lanzhou untuk dilawati dan confirm Insta-Worthy:
Muzium Wilayah Gansu
Pelancong hanya perlu menunjukkan pasport di kaunter pendaftaran dan boleh masuk tanpa sebarang bayaran.

Kredit: AirAsia
Masjid Xiguan

Kredit: AirAsia
White Pagoda Hillpark

Kredit: Dean Franklin/Flickr
Rainbow Mountain

Kredit: AirAsiaLanzhou terkenal dengan rasa asli Mi Tarik Lanzhou atau dikenali sebagai Lanzhou La Mian, dan korang jugak boleh tengok secara langsung pembuatan Mi Tarik tu di sesetengah restoran.

Mi sup daging Lanzhou. Kredit: Jose Nicdao
Restoran yang mesti korang cuba antaranya:
- Restoran Hai Da Ye Muslim
- Qi Qi Xiang
- Axiya Gourmet House
- Zhengning Road Night Snack Market
Nak shopping boleh pergi ke Lanzhou Antique Market atau Zhangye Pedestrian Street.

Kredit: Tour-beijing.com
#3 Chongqing
Chongqing ialah sebuah bandar yang berdekatan dengan Sungai Yangtze dan Sungai Jialing di barat daya China. Filem Transformers pun pernah melakukan penggambaran di Wulong National Park, Chongqing. Ni beberapa tarikan di Chongqing:
Fengdu Ghost City

Kredit: Wikipedia
Wulong National Park

Kredit: AirAsia
Dazu Rock Carvings

Kredit: Saint@Postcrossing/Flickr
Kalau nak solat, korang boleh singgah di Masjid Chongqing.Bagi korang yang sukakan makanan pedas, Chongqing terkenal dengan hidangan Sichuannya yang pedas gila! Pastikan korang cuba Chongqing hotpot dalam hidup korang.

Kredit: Wikipedia
Ni dua restoran halal di Chongqing untuk korang singgah:
- Restoran You Su Fu
- Restoran Zhen Yi Shun Zong
Kalau nak beli barangan hiasan berasaskan porselin, boleh check out Ciqikou Old Town. Kat sini pun ada macam-macam kedai yang jual pelbagai jenis barangan.

Kredit: YouTube
#4 Kunming
Kunming ialah sebuah bandar moden yang merupakan pusat pengangkutan wilayah Yunnan dan cuacanya nyaman sepanjang tahun (tak terlalu sejuk atau panas). Ni pusat tarikan pelancong yang korang kena pergi (pastikan korang ambil banyak gambar dan postkan di Instagram):
Stone Forest

Kredit: Wikipedia
Jade Dragon Mountain

Kredit: AirAsia
Jiuxiang Scenic Region

Kredit: Wikipedia
Dah puas berjalan, korang boleh berehat sebentar dan solat di Shuncheng Street Mosque atau Nancheng Mosque. Masjid-masjid ini menggunakan campuran Bahasa Arab dan Mandarin dalam ceramahnya.

Nancheng Mosque. Kredit: Wolfe/Flickr
Jangan lupa cuba makanan daerah yang halal di restoran-restoran ni:
- Restoran Nan Ya
- Qing Zhen Yun Shan Xian Guoqiao Mixian
- Hui Zhen Qing Zhen Shi Tang

Guo Qiao Mi Xian. Kredit: Wikipedia
Guo Qiao Mi Xi’an adalah salah satu makanan yang terkenal dari Wilayah Yunnan. Dengan rasa mi yang kenyal dimasak bersama sayuran segar dan ayam, aromanya saja dah boleh buat korang terliur! Ia mesti di cuba di Yunnan.
Siapa peminat tegar keharuman daun teh, bolehlah shopping kat Kunming Wholesale Tea Market dan beli pelbagai jenis daun teh untuk diminum. Kalau nak shopping-shopping boleh pergi ke Kunming Old Street Jewellery, Flower & Bird Market.

Kredit: Gerhard Huber
#5 Guilin
Terletak di selatan China, Guilin terkenal dengan bukit batu kapurnya dengan pemandangan yang memukau. Siapa yang suka menikmati keindahan alam semula jadi, jangan lupa pergi ke sini dan ambil banyak selfie berlatarbelakangkan kehijauan bukit batu kapur.

Kredit: @jordhammond
Li River

Kredit: AirAsia
Elephant Trunk Hill

Kredit: Wikipedia
Reed Flute Cave

Kredit: Prad Patel/Flickr
Longsheng Rice Terrace

Kredit: Martijn Roos/Flickr
Kat Guilin juga ada banyak masjid yang korang boleh pergi, dan korang boleh cek kat sini. Bila dah lapar, bolehlah singgah kat restoran-restoran ni untuk try makanan daerah Guilin:
- Restoran Islam
- Restoran Fo Long Xuan
- Restoran Endian
Kaki shopping boleh try pergi Zhengyang Pedestrian Street dan Xicheng Pedestrian Street.

Xicheng Pedestrian Street. Kredit: Visitchinablog.wordpress
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket flight ke China! AirAsia menawarkan rangkaian terluas dan tambang terendah ke 17 destinasi percutian ke China. #InilahChina
Amacam, best kan China? Rugi tak pergi! Kalau korang pelanggan Astro, untung lah sebab korang boleh dapatkan tiket flight yang murah ke China! Astro sedang bekerjasama dengan AirAsia untuk bagi tambang penerbangan yang murah buat para pelanggan Astro melalui program Astro Rewards.
Tempoh masa bagi tempahan tiket bermula dari sekarang sehingga 15 Jun 2019, manakala tempoh travel bermula dari 1 November 2019 hingga 2 Jun 2020. Book flight korang sekarang!