Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

ready set jom

5 Peranti Pintar Samsung Yang Memang Onz! Korang Kena Pra-Tempah Sekarang!

Tampil cool dengan lima peranti pintar Samsung yang lain daripada yang lain ni!
Dayana Sobri
06 Sep 2021, 10:38 AM

5 peranti pintar samsung yang memang onz! korang kena pra-tempah sekarang!

Kredit: Samsung

Dunia kita ni serba luas untuk dijelajahi, so rugi kalau kita tak ambil peduli dan gunakan pelbagai peranti canggih yang ada di pasaran, macam jam tangan pintar dan fon pintar.

Ambil kesempatan yang ada dengan menggunakan peranti canggih yang boleh ‘bawa korang’ ke mana jua dan buat apa yang korang nak, sama ada di rumah ataupun di luar!

Nak peranti pintar canggih yang saling berhubung dan menyenangkan lagi kehidupan harian korang? Jom check out lima peranti pintar Samsung yang onz ni; tonton, gaming, kerja, tangkap gambar, dan berhubung dengan teman-teman korang di mana jua pada bila-bila masa:

#1 Galaxy Z Fold3 5G: Untuk geng millennials yang merupakan usahawan, pemegang jawatan tinggi, dan menjalani gaya hidup mewah 

5 peranti pintar samsung yang memang onz! korang kena pra-tempah sekarang!

Kredit: Samsung

Biasanya geng millennials lebih berusia (lahir sekitar awal hingga pertengahan tahun 1980an) yang kini telah bergelar usahawan atau memegang jawatan yang tinggi atau at least gaji yang boleh tahan. Jadi bolehlah diorang guna gajet yang up sikit, yang mewah. So kalau nak keep up, kenalah ada gajet baru dan innovatif yang boleh multi-task dan sesuai dibawa ke business events.

Dengan telefon boleh lipat Galaxy Z Fold3 5G ni, teater, ‘ruang’ kerja, dan ‘bilik’ gaming boleh dilipat dalam poket korang! Korang yang hantu hiburan boleh nikmati pelbagai filem, perlawanan sukan, atau gaming dengan Skrin Utama 7.6’’ Immersive Dynamic AMOLED yang gempak gila!

Nikmati pengalaman penggunaan yang lancar bila korang guna media sosial atau bermain game pada skrin utama dengan ciri Main Screen Super Smooth 120Hz. Kalau korang nak tau, telefon boleh lipat ni juga merupakan Under Display Camera (UDC) yang pertama untuk telefon boleh lipat tau! (tiada lubang kamera di skrin).

Ciri-ciri hebat yang lain termasuklah Waterproof IPX8 (rintang air yang pertama untuk fon jenis ni); Corning® Gorilla® Glass Victus ™ di Skrin Penutup dan kaca belakang, dan Rangka Logam Aluminium Armor (bingkai aluminium yang lebih kuat).

5 peranti pintar samsung yang memang onz! korang kena pra-tempah sekarang!

Kredit: Samsung

Kalau nak maksimum produktiviti korang, fon ni didatangkan dengan integrasi S Pen. Korang boleh bawa kanvas padat kat mana je untuk inspirasi spontan dengan S Pen yang direka khas untuk telefon boleh lipat. Selain tu, nak buat panggilan video dari mana je pun boleh dengan Flex Mode!

Kerja dengan lebih cekap dengan Taskbar baru untuk pertukaran aplikasi yang lebih mudah tanpa kembali ke skrin utama. Tingkatkan multitasking korang dengan App Split View, yang membolehkan korang melihat lebih banyak maklumat dengan sekilas lalu tanpa perlu berulang-alik antara aplikasi.

Ciri Drag & Split pulak membolehkan korang menyeret URL dengan cepat dari mesej korang untuk buka tetingkap baru untuk melihat dan menghantar kembali teks secara serentak. Cool kan?

Jom dapatkan telefon boleh lipat Galaxy Z Fold3 5G ni!

#2 Galaxy Z Flip3 5G: Untuk trendsetters yang inginkan kelainan dan cintakan fesyen, kecantikan, majlis sosial, dan gaya hidup yang serba cool!

5 peranti pintar samsung yang memang onz! korang kena pra-tempah sekarang!

Kredit: Samsung

Sesuai untuk generasi millennials dan juga gen Z, korang yang stylo dan gemar bersosial boleh dapatkan Galaxy Z Flip3 5G ni. Ekspresikan diri dengan reka bentuk yang ikonik! Dengan reka bentuknya yang sebesar tapak tangan, boleh dilipat, ringkas, nipis, dan ringan, ia mudah dibawa ke mana jua dan disimpan dalam beg atau poket.

Lepas ni tak perlu risau kalau korang terlepas mesej atau notifikasi terkini, sebab ia akan dipaparkan pada Skrin Penutup Informatif (Ikon) 1.9” yang lebih besar. Tak perlu takut kalau fon terkena air sebab fon pintar ni turut dilengkapi Water-resistant IPX8!

5 peranti pintar samsung yang memang onz! korang kena pra-tempah sekarang!

Kredit: Samsung

Terdapat juga Corning® Gorilla® Glass Victus ™ di Skrin Penutup dan kaca belakang (kaca ni lebih keras berbanding generasi Galaxy Z Flip Sebelumnya). Dengan Rangka Logam Aluminium Armor, peranti korang confirm akan sentiasa selamat dan dilindungi dari sebarang kerosakan atau mudah pecah.

Suka bergambar? Buka Flex Mode dan tangkap selfie dengan mudah tanpa tripod, ditambah dengan fungsi pemulihan wajah AI. Nak tangkap foto atau video dengan cepat, gunakan fungsi Quick Shot yang ada pada Skrin Penutup.

Nak tonton filem kegemaran dengan selesa? Letakkan je peranti korang di atas meja dan pilih fungsi Flex Mode Panel untuk memindahkan video ke bahagian atas layar dan kawalan pertunjukan ke bahagian bawah. Terdapat juga ciri Multi Window dengan Drag & Split (hingga 2 aplikasi)!

Jom dapatkan fon pintar Galaxy Z Flip3 5G ni!

#3 Galaxy Watch4: Untuk korang yang aktif namun ingin tampil stylo 

5 peranti pintar samsung yang memang onz! korang kena pra-tempah sekarang!

Kredit: Samsung

Hidup dengan lebih aktif lagi bergaya dengan jam tangan pintar ni yang dilengkapi dengan OS baharu yang dikuasakan oleh Samsung dan One UI Watch, yang melancarkan lagi pengalaman penggunaan korang.

Jam tangan pintar ni boleh dihubungkan dengan beberapa peranti pintar Samsung yang lain. Kalau korang on-the-go, terdapat aplikasi Google bagi akses ke aplikasi Perkhidmatan Mudah Alih Google yang popular, termasuk Google Maps.

Ada juga aplikasi pihak ketiga, contohnya seperti Adidas Running, Calm, Strava dan Spotify; aplikasi Galaxy (korang boleh terus nikmati aplikasi Galaxy yang disukai seperti Samsung Pay, dan SmartThings). Fungsi seperti Gesture Control, Bixby, Auto Switch dan Buds Controller turut menyenangkan lagi pengalaman penggunaan korang.

Untuk health freaks pula, terdapat ciri kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh macam:

  • Sensor BioActive Samsung 
    Sebuah teknologi sensor unggul yang menawarkan pengesanan kesihatan termasuk oksigen darah, degup jantung, dan komposisi badan; Penjejakan dan Nasihat Pintar
  • Komposisi Badan Baru 
    Dapatkan gambaran tubuh yang lebih holistik dengan ukuran utama seperti otot rangka, paras air badan, kadar metabolisme badan, dan peratusan lemak badan.
  • Berbagai Rutin Kecergasan 
    Pilih dari pelbagai latihan senaman dan kecergasan yang ada. Nak lagi power, buat senaman di rumah melalui TV Pintar Samsung. Bersenam dengan pelbagai program latihan dan lihat kadar denyutan jantung dan kalori korang dalam masa nyata dan tepat di skrin.
  • Cabaran Kumpulan 
    Korang yang kompetitif bolehlah bersaing dengan kawan-kawan dan keluarga untuk mencapai matlamat kesihatan dan kecergasan yang diingini.
  • Pemantauan Tidur Masa Nyata 
    Ciri ni memastikan agar korang tidur nyenyak dengan Skor Tidur yang disempurnakan, bersama dengan pengesanan dengkuran dan penjejakan oksigen darah masa tidur.

Jom dapatkan jam tangan pintar Galaxy Watch4 ni!

#4 Galaxy Watch4 Classic: Untuk korang yang aktif dan simple 

5 peranti pintar samsung yang memang onz! korang kena pra-tempah sekarang!

Kredit: Samsung

Jam tangan pintar Galaxy Watch4 Classic ni lebih kurang sama sahaja fungsinya dengan Galaxy Watch4. Yang berbeza hanyalah reka bentuknya. Galaxy Watch4 memaparkan rekaan yang moden, minimalis, dan direka untuk penggunaan serba boleh sepanjang hari.

Manakala Galaxy Watch4 Classic pula memaparkan reka bentuk premium dan timeless dengan sentuhan kemewahan, klasik, dan bezel berputar yang amat digemari peminat/pengumpul jam. Dengan reka bentuk yang sleek, korang juga boleh adjust dan suai padankan tali dan jam tangan mengikut selera dan gaya korang.

Jom dapatkan jam tangan pintar Galaxy Watch4 Classic dan Galaxy Watch4 ni!

#5 Galaxy Buds2: Untuk dengar muzik di mana jua dengan selesa 

5 peranti pintar samsung yang memang onz! korang kena pra-tempah sekarang!

Kredit: Samsung

Fon telinga yang berwayar biasanya merimaskan, lagi-lagi bila berada di luar (contohnya bersesak-sesak dalam train nak ke tempat kerja). Kalau tak berhati-hati boleh tersangkut kat beg orang lain. Selain tu fon telinga berwayar juga mudah tersimpul, so ia boleh cepat rosak.

Sekarang korang boleh dengar muzik dengan selesa menggunakan fon telinga tanpa wayar Samsung Galaxy Buds2 ni! Nikmati pengalaman suara yang mengasyikkan dengan pembesar suara 2 arah dinamik: bass dalam (Woofer) dan nada tinggi (Tweeter) yang lebih kuat tanpa menyakitkan telinga.

5 peranti pintar samsung yang memang onz! korang kena pra-tempah sekarang!

Kredit: Samsung

Nikmati juga panggilan jelas pintar dengan reka bentuk melengkung yang meneutralkan bunyi angin, 3 sistem mikrofon dengan unit pengambilan suara (VPU) untuk kualiti panggilan yang sangat jelas. Dalam kata lain, korang boleh batalkan bunyi bising aktif di persekitaran korang dengan ANC, suatu fungsi pemotongan bunyi latar luaran hingga 98%.

Terdapat kawalan suara dengan 3 peringkat, dan yang paling menarik sekali ialah fon telinga tanpa wayar ni dilengkapi dengan Galaxy "Earbud Fit Test” untuk memaksimumkan keseronokan mendengar yang terbaik bagi pendengaran korang.

Jom dapatkan fon telinga tanpa wayar Galaxy Buds2 ni!

Ekosistem Samsung Galaxy yang intuitif Samsung memudahkan sambungan yang lancar di antara kelima-lima peranti pintar Samsung ni 

5 peranti pintar samsung yang memang onz! korang kena pra-tempah sekarang!

Kredit: Samsung

5 peranti pintar samsung yang memang onz! korang kena pra-tempah sekarang!

Kredit: Samsung

Wow, cool gila kan semua peranti pintar terbaharu dari Samsung ni? Korang berkenan dengan yang mana? Kalau ada peranti yang korang dah minat, jangan tunggu lama-lama!

Ketahui lebih lanjut tentang tawaran pra-pesan di laman web rasmi Samsung Malaysia.

Kalau nak pra-pesan peranti Galaxy terkini pula, korang boleh layari pautan berikut:

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}