Kredit: Freepik
Tahun baru ni korang ada pergi mana-mana ke? Kalau takde plan, apa kata korang jalan-jalan ke Bangkok? Selain belajar tentang budaya tempatan dan shopping sakan di pelbagai pasar yang ada, rugi kalau korang tak cuba makanan-makanan Thai yang confirm buat korang terliur ni:
#1 Tom Kha Gai (Sup Santan Ayam)
Sebut je makanan Thai, makanan pertama yang akan muncul di fikiran tentunya tomyam. Tapi korang pernah dengar Tom Kha Gai tak? Sejenis sup tetapi kurang pedas berbanding tomyam, sesuai buat korang yang tak tahan pedas.
Walaupun kurang pedas, makanan ni cukup berempah dan lemak berkrim! Rasanya kaya dengan kemanisan santan dan air rebusan ayam. Kalau korang vegetarian, bolehlah makan Tom Kha Gai versi sayuran!
Jom try lauk ni yang halal di: Restoran Farida Fatornee
Kalau korang nak tau, owner restoran ni juga fasih berbahasa Melayu!
Alamat: 497/5 Petchburi Road, Bangkok 10400 (berdekatan dengan Masjid Darul Aman)
Tel: +66 2 215 1733
Waktu operasi: 9 pagi – 9 malam
#2 Yam Pla Dook Foo (Salad Mangga Hijau Dengan Ikan Goreng Rangup)
Siapa suka makan makanan yang rangup di luar, lembut di dalam dan rasa masam-masam manis? Sajian ni mempunyai ketiga-tiga rasa tersebut! Hidangan ni selalunya dinikmati sebagai pembuka selera, tetapi ia juga sesuai dimakan bersama dengan nasi.
Jom try lauk ni yang halal di: Yana Restaurant
Selain masakan Thai asli, restoran ni turut menyajikan hidangan western yang boleh anda cuba.
Alamat: MBK Center Tingkat 5, 444 Phayathai Road, Bangkok 10330
Tel: +66 2 611 4589
Waktu operasi: 11 pagi – 9 malam
#3 Gaeng Keow Wan (Kari Hijau)
Penggemar makanan pedas kena cuba kari hijau ni. Kari ni sangat lemak berkrim dan selalunya berisi ayam. Kalau nak kurangkan rasa pedas, ia harus dimakan bersama dengan nasi.
Jom try lauk ni yang halal di: Samat Muslim Food
Restoran ni popular di kalangan pelancong berkumpulan disebabkan harganya yang murah.
Alamat: 419 Ratchaprarop Road, Khwaeng Makkasan, Khet Ratchathewi, Krung Thep Maha Nakhon 10400 (terletak kira-kira 3 minit dari Stesyen ARL Ratchaprarop)
Tel: +66 89 442 5114
Waktu operasi: 8.30 pagi – 11 malam
#4 Kai Med Ma Muang (Ayam Dengan Kacang Gajus)
Hidangan ini merupakan kombinasi ayam, kacang gajus, kicap, madu dan pelbagai sayuran. Kalau nak diet, bolehlah cuba lauk ni.
Jom try lauk ni yang halal di: Saman Islam
Dah alang-alang shopping di Chatuchak Weekend Market, jangan lupa singgah di restoran ni untuk santapan tradisi Thai yang halal!
Alamat: Section 16, soi 24, Chatuchak Weekend Market, 251 Phahonyothin Rd, Chom Phon, Khet Chatuchak, Krung Thep Maha Nakhon 10900
Tel: +66 81 817 8270
Waktu operasi: Sabtu dan Ahad, 9 pagi – 7 malam
#5 Kao Niew Ma Muang (Pulut Mangga)
Tak lengkap kalau tak cuba pemanis mulut, dan salah satu pemanis mulut Thai yang paling popular ialah pulut mangga. Di sesetengah tempat, hidangan ni turut disajikan bersama ais krim.
Jom try lauk ni yang halal di: Usman Thai Muslim Food
Selain menyajikan masakan Thai, restoran ini juga menyediakan surau, khidmat penghantaran makanan dan juga hostel.
Alamat: 259/9 Sukhumvit Road, Khwaeng Khlong Tan, Khet Khlong Toei, Krung Thep Maha Nakhon 10110, Thailand (bersebelahan Hotel Imperial Queen's Park)
Tel: +66 81 855 7124
Waktu operasi: Sabtu – Khamis, 10 pagi – 10 malam; Jumaat, 2 petang – 10 malam
Macam mana, terliur tak dengan makanan-makanan ni? Masakan Thai memang sedap dan kaya dengan pelbagai rasa, rugi kalau tak cuba! Sempena tahun baru ni, apa kata korang mula cuba makanan yang korang belum pernah makan?
Kalau berminat, jom pergi ke Bangkok untuk merasa segala makanan yang ada!
Jom terbang terus ke Bangkok dari Kota Kinabalu dengan AirAsia!
Buat korang yang gemar atau minat dengan makanan Thai atau nak terokai pelbagai tempat-tempat menarik di Bangkok macam Bangkok Tree House, pasar terapung Damnoen Saduak, atau pasar Mai Hua Takhe, sekarang korang dah boleh terbang terus ke Bangkok dari Kota Kinabalu! Senang kan?
Bangkok Tree House
Damnoen Saduak
Mai Hua Takhe
AirAsia akan terbang ke Bangkok (Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang) dari Kota Kinabalu (Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu) sebanyak tiga kali seminggu pada hari Rabu, Jumaat dan Ahad. Penerbangan mengambil masa selama 3 jam.
Tambang untuk ahli BIG sehala bermula dari RM189. Jom tempah penerbangan mulai sekarang sehingga 29 Disember 2019 ni untuk tempoh penerbangan dari 22 Januari 2020 sehingga 31 Ogos 2020.
Tempah penerbangan korang ke Bangkok sekarang!