Kredit: A&W dan Vickypham.com
Siapa yang tak suka ayam goreng kat dunia ni? Hampir semua orang tak kira peringkat umur gemarkan ayam goreng. Ayam goreng bukan je mudah disediakan dan sedap dimakan, tetapi ia juga boleh didapati dalam pelbagai perisa selain klasik dan pedas.
Selalunya ayam goreng sesuai dan sering dimakan bersama nasi, kentang goreng atau waffles seperti dalam budaya southern di Amerika Syarikat. Tapi ada jugak hantu ayam goreng yang punyalah gilakan ayam goreng ni sampai diorang makan dengan cara yang pelik! Jom check it out:
#1 Ayam goreng sebagai topping kek cawan
Kredit: Runwaychef.com
Macam pelik je kan kombinasi ni? Ke korang suka manis berkrim dengan rasa crunchy ayam goreng?
#2 Ayam goreng yang dibaluti Southern biscuits
Kredit: Bonappetit.com
Yang ni tak pelik sangat sebab macam burger pun ada. Cuma biskut ala Southern ni keras sikitlah tak macam roti burger, dan ia agak crunchy macam ayam goreng jugak (tapi lembut sikit). Kalau nak try makan kenalah ada gigi yang kuat sikit nak mengunyah.
#3 Ayam goreng yang diperap dengan teh manis
Kredit: Dessertfortwo.com
Siapa suka minum teh o ais bolehlah try ayam goreng berperisa teh manis ni. Kalau korang Google memang berlambak sebenarnya resipi ni.
#4 Ayam goreng dengan ais krim
Kredit: Sethlui.com
Kalau bosan cicah ayam goreng dengan sos cili, bolehlah cicah dengan ais krim pulak. Bolehlah pilih mana-mana perisa yang korang suka. Nak tabur chocolate chips dan kacang pun boleh.
#5 Ayam goreng yang disaluti mi ramen
Kredit: Seriouseats.com
Kita biasa dengar ayam goreng disaluti bread crumb kan? Tetapi, kalau korang nak makan style lain sikit, boleh la try ayam goreng bersalut mi ramen. Memang extra crunchy, guys.
Walaupun ada banyak resipi dan cara makan ayam goreng, takde apa yang boleh menandingi ayam goreng versi klasik!
Tak kira apa jenis inovasi yang dibuat bagi ayam goreng, takde satu pun yang boleh menandingi keenakan ayam goreng versi klasik atau pedas! Buat korang yang suka ayam goreng, kitorang ada berita baik punya!
Kredit: A&W
Mulai 14 hingga 16 Ogos ni, korang boleh nikmati empat ketul ayam goreng Golden atau Spicy Aroma Chicken pada harga RM12.90 je. Rugi kalau korang lepaskan tawaran istimewa sempena A&W Chicken Fiesta ni! Haa, murah gila kan?
Kredit: A&W
So, apa tunggu lagi? Jomlah pergi ke mana-mana cawangan A&W yang ada di seluruh negara untuk nikmati ayam goreng yang enak ni pada harga yang berbaloi!
Untuk info lanjut, korang boleh tengok Facebook A&W Malaysia.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.