Kredit: Freepik.com Edit: ERA
Penggemar buah, korang mungkin rajin makan buah-buahan yang pelbagai. Tak kisahlah durian ke, nanas ke, markisa ke, semua korang pulun untuk rasa segar di samping menikmati keenakannya.
Tapi kan, korang pernah tak dengar tentang buah-buahan tropika yang rare tapi sedap gila ni? Jom check it out:
#1 Mengkudu
Kredit: Freepik
Macam ulat gonggok pun ada rupa buah ni, yang turut dikenali sebagai noni fruit. Kebanyakannya tumbuh di Asia Tenggara. Mungkin korang pernah dengar pasal buah mengkudu ni atau makan bila balik kampung, tapi susah nak dapat walaupun di pasaraya besar. Orang cakap buah mengkudu segar ni rasanya macam tart yang masam-masam sikit.
#2 Kiwano
Kredit: Freepik
Takut pun ada nak pegang buah ni, sebab berduri bak durian. Ia banyak dijumpai di benua Afrika. Orang yang pernah makan buah ni cakap rasanya macam campuran buah pisang, markisa, limau nipis dan anggur hijau yang menyegarkan.
#3 Tamarillo
Kredit: Freepik
Sekali pandang macam tomato, tapi dia bujur. Buah ni boleh dijumpai di Amerika Selatan. Orang cakap rasa inti buah ni macam rasa manis-manis masam persis buah kiwi, tomato, jambu batu, atau markisa. Tapi jangan makan kulitnya sebab rasanya sangat pahit!
#4 Sukun
Kredit: Freepik
Bila sekilas pandang rupa macam buah cempedak pun ada. Turut dikenali sebagai breadfruit, sukun ni boleh dijumpai di New Guinea, Kepulauan Maluku, dan Filipina. Buah ni boleh dimakan mentah atau masak. Kalau mentah, orang kata rasanya macam articok dan buah berangan, dengan tekstur yang lembut macam roti.
#5 Guarana
Terkejut kitorang bila tengok rupa sebenar buah ni, sebab macam biji mata manusia pun ada! Buah ni ialah yang paling rare dalam list sebab ia hanya dijumpai di Venezuela dan Brazil, dan pengeksportannya pun terhad. Walaupun rupanya agak menyeramkan, orang kata rasanya macam bersoda dan manis, dengan rasa buah yang sangat menyegarkan.
Terliurkan bila tau pasal buah-buahan yang rare ni? Rasa nak try pun ada.
Dan kalau korang nak tau macam mana rasa guarana ni, korang bolehlah try minum Red Bull Plus, minuman gaya hidup terbaharu khas buat korang yang sibuk dan aktif! Red Bull Plus menawarkan rasa sitrus tropika tanpa sebarang gula dengan ekstrak guarana yang asli!
Red Bull Plus ni seakan minuman isotonik dan merupakan minuman alternatif buat peminum kopi yang inginkan keenakan dan kesegaran bila tengah rehat dari beraktiviti. Selain takde gula langsung, minuman ni juga menyihatkan tau sebab ia mengandungi vitamin B3, B6 dan B12 yang tinggi—elok sangat kalau korang nak rasa segar bila tengah bekerja, belajar, jalan-jalan di shopping mall, atau apa je aktiviti yang korang buat sehari-hari.
Tengah tunggu train yang lambat gila sampai? Apa kata pekena Red Bull Plus dulu? Confirm korang rasa lega sikit! Korang yang sangat pentingkan kesihatan atau nak jaga badan tu, lepas ni tak perlu lagi rasa bersalah nak minum yang manis-manis dengan Red Bull Plus!
Jom dapatkannya di pasaraya atau kedai serbaneka yang terdekat. Korang juga boleh beli online di Shopee.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.