Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

ready set jom

Hostel RM10 Sehari? Kelas Renang Percuma? 4 Inisiatif KBS Korang Patut Tahu!

Kelas renang untuk elak kes lemas? Bagusnya!
Hanafis Haris
07 Dec 2023, 02:41 PM

Artikel ini ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan

4 inisiatif kbs untuk golongan belia dan sukanKredit: KBS & IYC

Tahun ni boleh dikatakan tahun yang sangat aktif buat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) apabila pelbagai usaha dan inisiatif buat sukan dan golongan belia Malaysia dijalankan.

Tapi dalam banyak-banyak tu, empat inisiatif ini antara yang paling menarik dan patut korang tahu 💪

Ini 4 Inisiatif KBS Khusus Untuk Belia & Aktiviti Sukan

#1 Latihan Renang Untuk Kanak-Kanak B40! Kurangkan Kes Lemas! 👏

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KBSMalaysia (@kbsmalaysia)

Kalau korang nak tahu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menubuhkan kelas renang percuma kepada kanak-kanak B40, sekitar Mei 2023 lalu, di bawah Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang.

Tujuannya adalah untuk mengurangkan kejadian lemas dalam kalangan komuniti B40! 

Hasilnya? 739 peserta dalam kalangan kanak-kanak 6 hingga 12 tahun telah melengkapkan pembelajaran dan latihan dengan purata 90 peratus penguasaan kemahiran asas berenang termasuklah ✅ water confidence dan ✅ pelbagai teknik kemahiran renang. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @jbsnegara

KLAS Renang Fasa 2 kemudian diumumkan September lalu dan diperluaskan ke 36 lokasi di seluruh negara dengan sasaran penyertaan seramai 5,760 orang kanak-kanak. 

✨ Korang boleh sertai dengan mengisi 👉 borang ini dan jika berjaya korang akan terus dihubungi!

Oh ya, program KLAS ini juga diperluaskan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya di lokasi terpilih di Johor dan Negeri Sembilan. Cayalah 👏

#2 Fasiliti Perbadanan Stadium Malaysia Percuma Untuk Sekolah! 

@stadium.malaysia Merakyatkan Stadium. Pelaksanaan konsep merakyatkan sukan melalui penggunaan fasiliti sukan di bawah PSM telah dipersetujui dalam Mesyuarat Anggota Perbadanan PSM pada 17 Julai lepas dan kegunaan secara percuma untuk sambutan hari sukan sekolah itu tertakluk kepada kekosongan jadual tempahan. Selain SNBJ, PSM turut memberi tawaran penggunaan secara percuma dua venue lain iaitu Kompleks Sukan Jalan Duta dan Kompleks Sukan Bukit Kiara kepada pihak sekolah. Program Sukan Sekolah secara percuma ini merupakan inisiatif Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh ke arah merakyatkan stadium. Penggunaan percuma ini masih terbuka untuk sekolah-sekolah sehingga tahun 2025. Kepada pihak yang berminat boleh menghubungi talian 03-89920888. #PSM #KLSC25 #MalaysiaMadani ♬ original sound - Perbadanan Stadium Malaysia

Bayangkan fasiliti di bawah Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dibuka kepada sekolah untuk hari sukan mereka atau ataupun pertandingan bola antara sekolah. Mesti lebih teratur dan lengkap! 😍

Ini antara Stadium yang disediakan untuk kegunaan sekolah: 

  • Stadium Nasional Bukit Jalil
  • Kompleks Sukan Jalan Duta
  • Kompleks Sukan Bukit Kiara

Selain stadium, KBS juga ada sedia pelbagai fasiliti percuma untuk sekolah. Fasiliti-fasiliti ini turut boleh digunakan oleh rakyat untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah. 👏

✨ Sekolah yang berminat mengenai inisiatif ini, boleh hantar permohonan di 👉 Website PSM.

 #3 Inisiatif 1Sukan 1Fasiliti, Kasi UP Kualiti Pengurusan 💪 

Sidang media Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai 1Sukan 1FasilitiKredit: KBS

Walaupun penyediaan tempat latihan adalah tanggungjawab persatuan sukan kebangsaan (PSK), inisiatif 1Sukan 1Fasiliti adalah usaha KBS untuk menyokong PSK bagi tujuan ✅ pembangunan prestasi dan ✅ bakat sukan.

Objektif utama inisiatif 1Sukan 1Fasiliti ini adalah untuk:

  • Memperkasakan persatuan sukan agar dapat meningkatkan kualiti pengurusan dan pembangunan tadbir urus yang lebih baik, teratur, sistematik dan bertaraf antarabangsa.
  • Mengoptimumkan penggunaan fasiliti dan kemudahan sukan sedia ada, sama ada di bawah pengurusan kerajaan mahupun swasta.

#4 Penginapan Youth Capsule, RM10 Je? Biar Betul? 

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melawat fasaliti  penginapan Youth CapsuleKredit: IYC

Ini juga satu inisiatif yang bagus khusus untuk mereka yang baru memulakan kerjaya di ibu kota. 

Program penginapan Youth Capsule ini diwujudkan buat belia yang sedang menjalani latihan industri, sedang mencari pekerjaan atau mereka yang bekerja tetapi tidak mempunyai tempat tinggal. Hanya RM10 sehari!

Terletak di 📍 Bandar Tun Razak, Cheras, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) agensi yang bertanggungjawab bagi program Y-Capule ini menyediakan 54 katil yang lengkap dengan set kelengkapan tidur (selimut, bantal, sarung bantal, cadar). 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by IYCMalaysia (@iycmalaysia)

Selain itu, fasiliti ini turut menyediakan tandas dan bilik mandi, ruang pantri, peralatan memasak, dobi layan diri berbayar, ruang rehat dan ruang seterika. 

Inisiatif ini dapat membantu belia dalam usaha mencari pekerjaan dan latihan industri.

✨ Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh dibuat ke IYC di talian 📱 03 - 9171 9204/5

Menarik kan? Korang boleh tengok video ni untuk keempat-empat inisiatif KBS 👇

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KBSMalaysia (@kbsmalaysia)

Kalau nak tahu banyak lagi inisiatif KBS layari 👉 website KBS atau follow je media sosial Facebook KBS & Instagram KBS.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}