Kredit: New Straits Times
Ingat lagi tak baru-baru ni korang ada undi restoran McDonald’s kegemaran korang untuk memaparkan papan tanda Mekdi?
Kitorang ada mention yang 10 restoran dengan undian tertinggi akan ditukar nama kepada ‘Mekdi’, tapi disebabkan sambutan yang memberangsangkan dari orang ramai, McDonald’s memutuskan untuk menukar 16 restoran!
Tanpa berlengah lagi, ni ialah 16 restoran dengan undian tertinggi tu:
- McDonald’s Bukit Bintang
- McDonald’s Putrajaya DT
- McDonald’s Kota Bharu DT
- McDonald’s Suria KLCC
- McDonald’s Kuala Selangor DT
- McDonald’s Kuala Terengganu DT
- McDonald’s Teluk Cempedak DT
- McDonald’s Kuching
- McDonald’s Kuala Pilah DT
- McDonald’s Api-Api
- McDonald’s Stulang Laut DT
- McDonald’s Titiwangsa
- McDonald’s Kulai DT
- McDonald’s Jalan Gopeng DT
- McDonald’s Taman Buaya DT
- McDonald’s Greenlane DT
Kalau korang berhampiran dengan 16 restoran ini, jangan lupa singgah dulu untuk lihat papan tanda Mekdi sambil menikmati hidangan McD!
Tapi, untuk restoran yang tak dapat papan tanda Mekdi, jangan risau! McDonald’s akan berikan korang pengalaman filter AR Mekdi untuk restorannya yang lain khas buat rakyat Malaysia!
Korang boleh lihat nama Mekdi di seluruh negeri dan kawasan di Malaysia sambil menikmati pengalaman digital yang hebat ni!
Caranya senang je, korang perlu cari poster AR di mana-mana restoran McDonald’s untuk mengaktifkan filter AR tersebut. Lepas tu ambil gambar dan kongsikan di laman sosial korang dengan hashtag #mekdi #teammekdi. Cool gila kan?
Apa tunggu lagi? Jom pergi ke Mekdi yang terpilih atau terdekat sekarang!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.