
Tahniah Insomniacks, lagu "Sempurna" menjadi lagu yang "featured" dalam Lagu FYP ERA untuk bulan Mei, Vol 2 ini. Selepas sukses bersama single Pulang pada tahun 2018, kini Insomniacks kembali mempertaruhkan single terbaru mereka berjudul Sempurna.
Sempurna mengisahkan tentang perjalanan setiap pasangan yang bercinta. Mereka mengharapkan kesempurnaan pada setiap pasangan mereka tetapi pada masa yang sama takut kehilangan pasangan mereka. Sejak muzik video Sempurna dilancarkan pada bulan Februari yang lepas, jumlah tontonan MV Sempurna kini meningkat sehingga 1.9 juta tontonan di YouTube.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.