Setelah peminat dan seluruh Malaysia berteka teki apakah pasangan Fazura dan Fattah sudah bernikah sebelum menunaikan umrah akhirnya terjawab dalam satu sidang media petang tadi. Pasangan ini yang tiba ke Kuala Lumpur terus ke tempat berlangsungnya sidang media ini.
Fattah Amin dan Fazura sudah pun melangsungkan pertunangan secara tertutup pada 13 November itu iaitu sebelum mereka berangkat menunaikan umrah. Tapi berita bahawa mereka sudah bernikah adalah tidak benar sama sekali.
Mereka berdua dalam proses untuk mendirikan rumah tangga iaitu menghadiri kursus kahwin dan menyiapkan dokumen yang sepatutnya. Resepsi pasangan ini akan dijadualkan berlangsung awal tahun hadapan. Bagaimana pun tarikh belum ditetapkan.
Tahniah dan semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar hendaknya. Amin.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.