
Nama Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya sinonim dengan lagu-lagu raya. Antara lagu raya popularnya ialah Sesuci Lebaran, Anugerah Aidilfitri, Hari Kemenangan, Air Mata Syawal dan sebagainya.
6 tahun menyepi dari lagu raya, kini Tok Ti muncul dengan lagu raya terbaru “ Lip Lap Raya” bagi mengubat kerinduan peminat yang menanti lagu raya baru darinya.
"Saya gembira kerana dapat merakamkan lagu Lip Lap Raya serta menambah koleksi lagu raya nyanyian saya. Saya sangat berharap agar lagu ini turut menjadi sebuah lagu raya evergreen pada satu hari nanti," ujar Siti Nurhaliza yang turut menyiapkan video muzik Lip Lap Raya, arahan Aaron Lee.
Lagu Lip Lap Raya menggabungkan pelbagai rentak irama muzik antaranya Inang, Canggung dan Dikir Barat. Lagu dan lirik lagu Lip Lap Raya ini pula hasil kerjasama Ajay Amai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan.
Mesej yang ingin disampaikan dalam lagu Lip Lap Raya ini adalah kemeriahan aidilfitri selepas dua tahun berada dalam fasa endemik.
Sumber Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.