Pelakon popular Zul Ariffin kini menjadi perhatian warganet apabila berkongsi banyak perkongsian rohani menerusi sosial medianya.
Berusia 35 tahun, Zul menyifatkan tindakan tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi moral dan jiwa kebaikan dalam dirinya kepada Tuhan.
“Saya rasa adalah lebih molek kalau kita nak berubah jadi orang yang semakin baik dengan cara tidak terlalu membuka mulut atau bercerita tentangnya.
“Lebih baik tengok dan bertenang sebab hal berkaitan rohani sepatutnya dibentukkan atau disimpan begitu,” katanya.
Malah, ramai peminat menganggap wataknya sebagai Ustaz Amir dalam Penunggang Agama 2 lebih menguatkan dirinya untuk ke arah perubahan.
“Saya dekatkan diri dengan agama atau tidak. Tidak kira ketika saya sedang membaca atau sembahyang, perkara nombor satu yang saya takkan buat adalah saya takkan pernah pacak tripod dan buat ‘live’ (siaran langsung),” ujarnya.
Anak kelahiran Perak ini turut memaklumkan bahawa dia tidak pernah menyertai aktiviti jemaah tabligh seperti tanggapan orang ramai.
“Sejujurnya, saya tak pernah sertai jemaah tabligh. Saya hanya pernah ikut Ebit Lew dan sangat seronok. Seronok tengok dia layan tetamu, bersopan-santun dan saya hargai semua itu.
“Dia pun sekarang sedang dilanda ujian. Itulah manusia. Masing-masing ada ujian tersendiri. Tapi masalahnya pada orang kita, waktu seseorang ditimpa ujian, semua nak bercakap dan berfikir tentangnya,” katanya.
Rata-rata peminat juga menitipkan doa yang baik-baik untuk Zul dalam meniti perubahan ke arah kebaikan.
Sumber: Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.