Pelakon, Zul Ariffin memberitahu bahawa dia ada merancang untuk menamatkan zaman bujangnya tahun depan.
Bagaimana pun, beliau masih belum menemui tarikh sesuai dan akan memaklumkan semuanya apabila sudah pasti.
Zul yang kini dalam promosi filem Sangkar yang akan ditayangkan pada 29 Ogos juga berkata beliau masih belum bersedia mendedahkan identiti wanita yang bakal menjadi isterinya itu.
Menurutnya lagi, selagi belum pasti, selagi itu beliau tidak mahu menghebohkan perkara ini kepada umum.
Tambahnya, sebelum melalui alam perkahwinan, beliau mahu memberikan masa kepada wanita terbabit untuk memeluk Islam terlebih dahulu dengan seikhlas hatinya.
Sumber: [1]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.