Kredit gambar utama: Instagram @neelofa dan @zul_ariffin
Setiap kali digandingkan dengan mana-mana pelakon wanita, pastinya Zul Ariffin disuruh bercinta dengan pelakon wanita tersebut. Tak dinafikan setiap kali lakonan Zul bersama heroinnya, ianya pasti menjadi. Jadi tak mustahil peminat mendoakan mereka bercinta hingga berkahwin.
Terbaru Zul Ariffin dikaitkan dengan Neelofa kerana gandingan mereka dalam drama terbaru Ti Amo Sweetheart 100 Hari yang baru sahaja selesai penggambaran di Itali.
"Ini bukan kali pertama, bila drama dapat sambutan ia akan terjadi, sebelum ini pun pernah ada juga. Jadi saya tak hairan bila muncul hashtag (tanda pagar) #Zulofa seperti yang dicipta peminat.
"Soal ini saya tak boleh nak kawal peminat, itu diluar kawalan saya dan kita sebagai pelakon hanya menjalankan tanggungjawab sebaiknya," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun menurut Zul, dia lebih suka bersikap professional tanpa ada hubungan luar dengan gandingannya.
"Sepanjang penggambaran saya hanya fokus dengan kerja, habis shooting 16 hari kita balik buat hal sendiri macam biasa. Tiada kontroversi atau apa-apa hubungan luar.
"Kami ada chemistry yang okay dan tak rasa pelik atau janggal. Sebelum shooting, kita duduk berbincang dan tanya apa yang boleh buat dan tidak supaya tak adalah nanti kekasih atau keluarga marah.
"Kalau kami rasa babak itu keterlaluan, kita boleh bincang untuk mengikut kesesuaian. Macam foto yang dimuat naik oleh Michael di Instagram, itu sebahagian babak di sebalik tabir.
"Sekarang ni zaman internet, terlalu laju benda ini tersebar dan saya tak boleh nak kawal. Lagipun foto itu bukan saya yang muat naik tapi pengarah. Jadi saya tak boleh nak halang," katanya.
Zul dicalonkan dalam 3 kategori untuk AME 2018.
Sumber: mStar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.