Penyanyi, Zizi Kirana berkata jika boleh dia mahu untuk terus berkahwin dan tidak perlu mengikut adat untuk bertunang kerana bimbang dengan ujian dan dugaan yang bakal ditempuh sepanjang tempoh berkenaan.
Menurut penyanyi berusia 35 tahun ini, melihat kepada pengalaman rakan-rakan yang gagal dalam perhubungan membuatkannya takut untuk melalui proses bertunang, dan lebih selesa untuk terus berkahwin.
Tambah lagi, penyanyi lagu Eh ini juga sentiasa meminta pandangan dari ibunya mengenai jodoh supaya tidak tersalah pilih pasangan hidup. Malah, keluarga juga tidak pernah meletakkan syarat mengenai calon suaminya itu nanti.
"Selalunya saya minta pandangan ibu dahulu, sesuai tak dengan lelaki ini... saya minta dia beritahu awal-awal kalau tak suka, jangan hubungan dah jauh baru nak kata tak suka.
"Saya juga dah beritahu ibu kalau nak buat majlis pertunangan juga, biar hanya kami sekeluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja yang tahu, tak perlu nak heboh-heboh.
"Nasib baik ibu saya memahami dan tak pernah memaksa saya cari bakal suami... kebiasaannya kalau ada lelaki nak dekat, saya akan beritahu ibu dahulu supaya dia boleh tengok karakter lelaki itu," ujarnya.
Selain itu, Zizi Kirana bersama Elly Mazlein dan Faizal Tahir tercalon dalam senarai akhir kategori Lagu Viral Onz di ERA Digital Muzik Awards 2020 (EDMA2020). Undi artis favourite korang sekarang sehingga 18 Januari 2021 --> Undi Sekarang!
Sumber: [1]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.