Pelawak dan juga pengacara, Zizan Razak enggan mengulas lanjut mengenai usikan netizen berhubung beberapa pelakon wanita yang pernah dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.
Beliau juga enggan menerima sebarang soalan mengenai Mira Filzah yang sudahpun mendirikan rumah tangga, baru-baru ini.
Menurut pemilik nama sebenar Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, buat masa ini beliau hanya lebih mementingkan perkara-perkara lain seperti keluarga dan kerjaya dan belum terfikir mengenai jodoh atau alam perkahwinan.
Tambahnya lagi, disebabkan statusnya sebagai seorang pelawak, ramai yang suka bergurau dengannya tanpa mengambil kira perasaannya, sedangkan dia juga manusia biasa.
Baru-baru ini, Zizan dikejutkan pula dengan berita mengenai neneknya di Terengganu yang sakit, membuatkan dirinya bertambah risau akan keadaan kesihatan neneknya itu.
Tambahnya lagi, doktor juga mengesyaki neneknya menghidap kanser, namun belum dapat disahkan lagi kerana masih menjalani ujian.
Dalam perkembangan lain, Zizan telah dilantik sebagai juri tetap dalam program The Masked Singer, bersama beberapa juri lain.
Sumber
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.