Menjadi selebriti popular yang single pastinya tak lari daripada soalan "bila nak kahwin?"
Zizan Razak pastinya salah seorang yang tak boleh lari daripada soalan tersebut. Menurut Zizan, dia ada meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga selewatnya tahun hadapan. Segalanya masih lagi dalam perancangan.
"Sebut soal kahwin, saya memang berniat untuk berkahwin dalam tempoh terdekat, bukan tahun ini mungkin tahun hadapan.
"Segalanya masih dalam perancangan. Saya tak mahulah nak kahwin sekadar nak kahwin, tetapi saya mahu hidup bahagia.
"Jadi, saya harus pilih yang terbaik," katanya ketika ditemui Astro Gempak pada majlis berbuka puasa Rocketfuel di Hotel Eastin Kuala Lumpur.
Zizan juga memberitahu dia sudah pun mempunyai calon, tapi tak mahu mendedahkan siapakah gerangan wanita istimewa itu.
"Sudah tentu dia perempuan... Buat amsa ini lebih baik saya rahsiakan, kami masih dalam proses berkenalan.
"Saya tahu anda pun sudah tahu cuma saya takkan sebut," tambahnya.
Memahami antara satu sama lain dan menjadi lebih daripada seorang sahabat adalah ciri-ciri utama yang Zizan mahukan.
"Dia perlu sesuai dengan hidup saya dan memahami satu sama lain, bukan sekadar tidur bangun bersama," ujarnya.
Sumber: Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.