
Setelah 19 tahun mendirikan rumah tangga, Ziana Zain, 50, mahu menyimpan rapi sahaja apa yang telah terjadi kepadanya dan suami, Armin Zaharin Ahmad, 53.
Tak mahu mengaibkan mana-mana pihak, jadi Ziana memilih untuk berdiam diri.
“Biarlah kami sahaja yang tahu. Cuma saya akui, sudah lama memendam rasa dan Alhamdulillah, saya serta anak-anak boleh menghela nafas lega sekali gus berpeluang menikmati rasa bahagia.
“Ahli keluarga dia (suami) adalah keluarga saya juga. Jadi tidak baik untuk saya buka pekung sendiri,” jelasnya kepada Utusan Online.
Ziana menafikan wujudnya orang ketiga dalam konflik rumahtangga mereka.
“Firman Allah dalam al-Quran, kun fa ya kun, maka jadilah. Siapa saya sebagai hamba-Nya untuk mengelak setiap takdir yang telah ditentukan ke atas saya.
“Dia Maha Kuasa. Saya terima semua ini sebagai satu ujian. Mungkin ada hikmahnya,” ujar Ziana sebak.
Sumber: Utusan Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.