Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Arwah Mungkin Lompat atau Bergayut..” – Pakar Nafi Zara Qairina Ditolak atau Diserang

ROSTAM, Mohamad Firdaus
04 Sep 2025, 02:48 PM

“arwah mungkin lompat atau bergayut..” – pakar nafi zara qairina ditolak atau diserangFoto: Facebook

Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu, menolak kemungkinan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir ditolak atau diserang sehingga terjatuh dari tingkat tiga asrama sebelum ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan pada 16 Julai lalu.

Ketika menyambung keterangannya pada hari kedua inkues di Mahkamah Koroner, beliau berkata andaian itu tidak berasas selepas mengambil kira hasil pemeriksaan di lokasi kejadian.

Menjawab soalan Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II, Datuk Badiuszaman Ahmad selaku Pegawai Pengendali inkues, Dr Jessie menjelaskan terdapat kebarangkalian besar Zara Qairina melompat sendiri atau bergayut pada jeriji besi yang tergantung di atas tembok koridor asrama sebelum jatuh.

“Berdasarkan ukuran di lokasi, palang besi di tembok koridor asrama itu tinggi. Jadi, arwah mustahil terjatuh secara tidak sengaja. Jika ditolak sekalipun, palang tersebut akan menghalang daripada jatuh,” katanya.

Beliau menambah, demonstrasi yang dijalankan di lokasi mendapati arwah berkemungkinan berdiri di atas tembok konkrit, kemudian sama ada melompat atau menghayunkan diri.

Apabila ditanya sama ada boleh disahkan tiada unsur serangan, Dr Jessie mengesahkan punca kematian adalah akibat jatuh dari tempat tinggi.

Dalam prosiding itu juga, beliau menunjukkan beberapa gambar pemeriksaan lokasi serta hasil demonstrasi bersama pegawai perubatan HQE, tiga anggota polis dan kakitangan sekolah pada 2 Ogos lalu.

Menurut Dr Jessie, berdasarkan kecederaan serta kedudukan tubuh ketika ditemui, arwah dipercayai jatuh dengan kaki terlebih dahulu menyentuh tanah sebelum rebah terbaring dengan wajah menghadap ke atas.

Sumber: Berita Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us