Semalam, Zamani antara 6 peserta yang menempatkan diri mara ke peringkat akhir Gegarvaganza musim kelima, selain Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee dan Billy Zulkarnain.
Namun, ketika segmen pertama GV5 semalam, Zamani di lihat seakan terlupa lirik ketika mempersembahkan lagu Dekat Padamu nyanyian asal Yusry.
Dipetik daripada Gempak, Zamani mendedahkan bahawa dia gagal untuk mendengar alat pendengaran atau ‘earpiece’ ketika hendak menyanyikan lagu tersebut.
“Apa yang boleh saya katakan, saya tak dengar apa-apa dari ‘earpiece’ ketika itu.
“Jadi saya tidak tahu bila nak masuk nyanyian. Saya tak boleh nak agak bila nak masuk kerana saya tidak mendengar apa-apa dari earpiece saya.
“Saya tak mahu salahkan sesiapa termasuk pihak produksi sebaliknya saya anggap ia salah saya sendiri,” katanya kepada Gempak.
Malah, juri tetap GV5, Datuk Ramli MS juga telah memotong banyak markah Zamani ketika beliau membuat persembahan tersebut, namun menerusi persembahan kedua, Zamani berjaya bangkit dan mendapat tempat ke final GV5 minggu hadapan.
“Memang saya potong banyak markah Zamani kerana lupa lirik dan beberapa masalah lain di persembahan yang pertama... Dia hilang 65 markah daripada saya.
“Malah, markah dia pada persembahan pertama lebih rendah daripada Hetty Sarlene dan Forteen.
“Namun, dia bangkit menerusi persembahan kedua dan saya akui telah memberinya markah yang banyak.
"Saya berikan markah yang tinggi, dua juri lain juga tinggi. Selepas markah ketiga-tiga juri dicampur, Zamani berjaya melangkah ke final dan berada di kedudukan kelima,” kata Datuk Ramli MS.
Semalam juga menyaksikan perjalanan Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen terhenti apabila diumumkan bintang yang gagal ke peringkat akhir.
Peringkat akhir GV5 pada 18 November ini ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) jam 9 malam.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.