Pelakon, Zahirah MacWilson kini sedang hamil anak pertamanya bersama pelakon, Aiman Hakim Ridza.
Berita pengumuman kehamilan pasangan selebriti ini pernah dikongsikan oleh mereka menerusi laman sosial, baru-baru ini.
Terbaru, Zahirah telah mengimbau detik-detik memberikan kejutan berita kehamilan kepada suaminya, menerusi video yang dikongsikan di Instagram.
“Hidup ini penuh dengan kejutan & inilah yang terbaik 🖤 @aimanhakimridza”
“Ramai orang orang telah mengucapkan tahniah & doa kepada saya dan saya sangat berterima kasih atas semua kasih sayang dan sokongan yang diberikan.”
“Namun, ada juga yang mengirimikan saya kisah-kisah tentang bagaimana mereka berusaha untuk mengandung tetapi tidak bernasib baik..
“Untuk ini, saya meluangkan masa untuk menghargai apa yang telah diberikan oleh Allah SWT dan untuk pesanan ini juga, saya berdoa untuk semua wanita yang menantikan detik ini agar diberikan peluang untuk membawa kehidupan kecil ini ke dunia.
“Menjadi seorang ibu selalu menjadi impian saya dan saya benar-benar berdoa agar anda semua menjadi ibu suatu hari nanti.
“Percayalah pada waktu-Nya, tetap positif dan jangan pernah putus asa dengan doa-doa itu. InsyaAllah, tangan anda akan memegang jari kaki kecil itu satu hari 🖤”, tulis Zahirah pada ruangan kapsyen.
Video penuh berdurasi 16 minit turut dikongsikan oleh pasangan ini menerusi YouTube dan mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warganet.
Semoga dipermudahkan segala urusan buat Aiman dan Zahirah ya!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.