Pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 20 Februari lalu.
Selepas beberapa minggu bergelar isteri, Zahirah mengakui tidak berasa bimbang dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa saham akan jatuh selepas mendirikan rumah tangga.
“Sebenarnya saya tak kisah dengan pandangan orang yang mengatakan apabila seorang selebriti itu sudah kahwin, ‘saham’ akan jatuh.
“Bagi saya, kita tak boleh halang apa orang nak kata sebab macam mana pun mereka tetap akan bercakap juga.
“Akan tetapi pada akhirnya, itu semua berbalik kepada rezeki masing-masing. Sebab itu saya percaya kepada rezeki,” kata Zahirah kepada Media Hiburan.
Sumber: Media Hiburan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.