Pelakon, Zahirah Macwilson telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari lalu.
Memetik laporan Media Hiburan, Zahirah mengakui tanggungjawabnnya juga akab menjadi lebih besar sejak bergelar isteri.
“Alhamdulillah, satu fasa baru dalam hidup saya. Kalau nak dikata bagaimanapun dengan perkahwinan kini, rasa sesuatu yang berbeza dan menyeronokkan apabila setiap hari bila kita bangun dari tidur ada orang di sebelah.
“Sebelum ini saya banyak hidup sendiri di Malaysia memandangkan keluarga di Australia tapi kini saya ada suami yang sentiada ada bersama di sisi,” katanya kepada MH.
Zahirah juga mendedahkan sikap Aiman yang sangat pembersih di rumah.
“Saya tak sangka dia seorang lelaki yang sangat kemas dan pembersih. Lazimnya, kita akan fikir lelaki tidak akan sekemas perempuan, akan tapi dia sebaliknya.
“Sebagai contoh bila di rumah, barang-barang yang ada kena kemas dan tak boleh berhabuk pun.
“Tapi saya rasa itu perkara yang baik untuk kami,” dedah Zahirah.
Dalam perkembangan lain, Zahirah kini tampil dalam filem sulung lakonannya, Bulan & Pria Terhebat bersama barisan pelakon hebat seperti Zizan Razak, Aprena Menrose, Bell Ngasri dan ramai lagi yang akan mulai ditayangkan di pawagam mulai 12 Mac 2020.
Sumber: Media Hiburan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.