Pelakon Zahirah MacWilson kembali ke set lakonan dan sudah mula bekerja seperti biasa setelah bergelar ibu.
Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, dia berkongsi foto sedang memerhati anaknya ketika sibuk disolek.
Anak sulungnya, Isaac Raees sentiasa menjadi keutamaanya dan Zahirah dipuji peminat apabila membawa anaknya sekali ketika bekerja.
Pelakon berusia 26 tahun itu berasa bertuah dapat membawa sekali anaknya ke tempat kerja, dan memahami tidak semua ibu dapat melakukan perkara yang sama.
“Alhamdulillah, saya sangat beruntung dapat bawa sekali anak lelaki saya ke tempat kerja tapi tidak semua ibu di luar sana dapat kesempatan seperti ini.
“Kalau tinggal tak semestinya kita tak sayang baby. Sesetengah ibu tiada pilihan dan terpaksa berkorban demi mencari rezeki untuk keluarga.
“Kita mesti hargai dan menyokong ibu-ibu bekerjaya di luar sana di atas segala pengorbanan mereka,” katanya.
Tambahnya lagi, Zahirah mengakui dia lebih memahami pengorbanan ibunya, Maslinda Yusof setelah bergelar seorang ibu.
“Bila dah jadi ibu ini, kita sendiri akan sedar betapa besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu kita sendiri.
“Bukan sahaja kerjaya tetapi daripada segi mental, fizikal, emosi dan ketenangan minda mereka.
“Sekarang pergi peluk ibu anda masing-masing,” katanya.
Terdahulu, Zahirah berkahwin bersama pelakon Aiman Hakim Ridza pada tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Isaac Raees yang dilahirkan pada 5 Januari lalu.
Sumber: Instagram Zahirah MacWilson
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.