Penyanyi popular dari Indonesia, Yuni Shara mengakui sering berbual dengan pokok dan tumbuhan bagi menghilangkan sunyi dan sebagai terapi.

Menurut portal Suara.com, Yuni membuat pengakuan itu ketika bakal suami anak saudaranya yang juga selebriti media sosial, Atta Halilintar berkunjung ke rumah Yuni untuk membuat rakaman video.
“Bonda (panggilan untuk Yuni) sering bercakap sendiri di halaman rumah?”
“Adakah bonda sesepi itu,?’ tanya Atta.
Yuni mengakui kehidupannya sunyi sepi dan sering beralih kepada tanaman yang ditanamnya untuk dijadikan teman berborak.

Katanya, berborak dengan pokok membuatkannya lebih bersyukur dengan kehidupan, malah dapat merasakan hubungan rapat dengan pokok-pokok yang ditanamnya itu.
“Selepas waktu Subuh, saya akan keluar ke laman rumah dan berbual dengan pokok.
“Jika ada hari saya berasa kurang sihat, percaya atau tidak, pokok-pokok saya semuanya layu,” katanya.
Yuni yang juga kakak kepada Kris Dayanti kini bergelar janda selepas bercerai dengan Henry Siahaan pada 2008.
Sumber: Suara.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.