Penyanyi rap terkenal, Yung Raja menyuntik permainan dalam penghasilan lagunya pelbagai bahasa dan menimbulkan sensasi yang sentiasa mahu unsur budaya di dalam lagunya.
Yung Raja sekali lagi tampil dengan lagu baharu ‘Mami’ yang menerapkan unsur lirik bahasa Inggeris dan Tamil.
Tidak dinafikan, Yung Raja masih dahagakan pengalaman baharu sebagai anak seni dan mencuba untuk merapatkan jurang di Asia Tenggara dalam arena muzik arus perdana.
Penyanyi kelahiran Singapura ini sentiasa mengetengahkan warisan, identiti dan cara hidup rapper berbangsa India di tanah kelahirannya.
Menariknya, Yung Raja dilamar syarikat terkemuka Alamo Records dan menghasilkan ‘Mami’ sehingga ke Amerika Syarikat.
Penggunaan "Mami" adalah sebahagian daripada tradisi lama dalam bahasa dan dalam lagu-lagu hip-hop bertema pesta.
Lagu ini sarat dengan permainan kata anak muda yang pantas dan jujur selain membangkitkan perasaan romantis lantas membuktikan gurauan, keyakinan, dan kreativiti.
"Saya melakukannya dengan cara saya kerana gaya saya baru, saya tangkas dalam semua jenis pergerakan.
“Naluri saya berkata yang dia merasakan itu comel. Anda tahu bahawa saya adalah seperti percikan api yang dihasilkan apabila kapal terbang ke udara,” katanya.
Rapper berusia 26 tahun itu harap ramai bakat muda di Asia Tenggara untuk maju dan menghasilkan lagu hip-hop yang lebih berkualiti serta menunjukkan identiti sendiri tanpa perlu mengikut orang lain.
Video muzik rasmi ‘Mami’ boleh ditonton di YouTube dan sudah boleh dinikmati di semua platform digital muzik.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.