Penyanyi, Yuna teruja apabila dilihat kembali di Los Angeles (LA) selepas hampir setahun di tanah air akibat pandemik COVID-19.
Beliau nekad kembali ke Amerika Syarikat untuk fokus dalam kerjaya muzik dan menyiapkan album terbaharunya buat peminat.
Suaminya, Adam Sinclair juga akan menemani Yuna sepanjang di sana dan menyokong kerjaya isterinya dalam bidang muzik.
Yuna ada berkongsi gambar terbaharu di laman Instagramnya ketika hari pertama bekerja sebaik kembali di LA.
“Hari pertama bekerja di LA (Los Angeles),” tulisnya.
Pelantun lagu Dan Sebenarnya ini ada mengatakan keperluan berulang alik dari Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) untuk memastikan kelancaran pembikinan album baharunya itu.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.