Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Hilang Sahabat, Jemputan Persembahan.. Tapi Sokongan Terhadap Palestin Tidak Akan Luntur” - Yuna

ROSTAM, Mohamad Firdaus
04 Sep 2025, 01:50 PM

“hilang sahabat, jemputan persembahan.. tapi sokongan terhadap palestin tidak akan luntur” - yunaFoto: Instagram

Penyanyi antarabangsa, Yuna, mengakui kehilangan ribuan pengikut di media sosial serta tidak lagi menerima jemputan persembahan luar negara selepas lantang menyuarakan solidariti terhadap Palestin.

Namun, artis berusia 38 tahun itu menegaskan pendiriannya tidak akan berubah, malah terus berdiri bersama penduduk Gaza walaupun berdepan pelbagai dugaan.

“Saya tahu ia tidak mudah, tetapi saya tetap bersama kamu (Palestin). Ramai yang mempunyai jutaan pengikut memilih untuk berdiam diri, sedangkan kita sedang melihat Gaza dimusnahkan depan mata,” tulisnya di InstaStory.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai berkata, sejak mula berkongsi kandungan berkaitan simbol tembikai (lambang solidariti Palestin), beliau bukan sahaja kehilangan peluang kerja, malah ada yang ditolak atas prinsip peribadi.

“Saya hilang kawan, tiada lagi undangan persembahan luar negara dan lebih 4,000 pengikut juga meninggalkan saya. Malah, ada peminat yang tidak lagi dapat melihat hantaran saya,” katanya.

Penyanyi yang pernah menetap di Los Angeles itu mengakui emosinya sering turun naik, namun tetap nekad untuk kekal tabah.

“Ada hari saya rasa amat lemah, ada juga hari yang beri sedikit harapan. Kadangkala sukar apabila orang sekeliling bertindak seolah-olah tiada apa berlaku, seperti genosid itu bukan realiti.

"Saya menangis, tetapi setiap hari jiwa saya tetap hidup. Dengan semangat yang ada, saya percaya semuanya akan kembali baik. Rahsianya ialah terus bernafas kerana mereka mahu kita berputus asa. Perjuangan mesti diteruskan,” jelasnya.

Yuna antara selebriti tempatan yang konsisten menyuarakan isu kemanusiaan Palestin serta menentang kekejaman rejim Zionis di Gaza.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us